Sunday, November 30, 2014

Petua Mengurangkan sakit Migrain a.k.a sakit kepala

Bila migrain datang, buat apa pun susah. Kalau saya pula, memang tidur ja la jawabnya.. Sampai ambil sick leave. Tiap bulan confirm ada saja sick leave. Hmm..lama-lama annual leave habis, terpaksalah potong gaji. Huhuhu

Tapi mau buat macam, pandu kreta pun tidak larat. Daripada terjadi perkara yang tidak diingini, potong gaji pun potong la..

Kawan-kawan yang ada migrain atau selalu sakit kepala, jangan risau. Saya akan cuba sedaya upaya untuk terangkan tips2 dan petua menghilangkan sakit kepala ya.

Mula-mula kita kena tahu kenapa, mengapa dan bagaimana migrain berlaku.

Migrain atau sakit kepala membabitkan pengucupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba akan mencetuskan rasa sakit yang kuat.


Selalunya migrain boleh dirasai menerusi terasa denyutan di bahagian kepala, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian kiri atau kanan kepala sahaja.


Adakalanya deria pendengaran dan penglihatan menjadi semakin sensitif. Apabila sakit menyerang, kita sering memilih untuk mengambl pil penahan sakit sebagai langkah yang paling mudah.


Tetapi pengunaan pil penahan sakit mempunyai kesan sampingan. Jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan yang diingini dan rasa sakit juga tidak mampu hilang. Oleh itu, kita terpaksa menambah dos pil penahan sakit.


Antara penyebab migrain: 

• Kekurangan zat dan nutrisi 
• Faktor keturunan 
• Kesan pengambilan ubat-ubatan 
• Wanita yang mengalami haid 
• Terlalu banyak mengambil kafein 
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat. 


Antara panduan mengurangkan sakit kepala: 

• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak. 

• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain. 

• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal. 

• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala. 

• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan. 

• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala. 

• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala. 

• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala. 

• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.

Produk yang kami tawarkan mempunyai riboflavin yang berfungsi dalam menambahkan simpanan tenaga dalam sel otak selain daripada menambahkan aliran darah ke otak dan mengurangkan stress.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sembelit turut mampu menyebabkan migrain  oleh itu formulasi produk kami yang dihasilkan daripada 9 jenis herba mampu menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut pada usus agar dapar mengurangkan sembelit.

Dengan izin Tuhan dan berkat doa dan usaha, pasti migrain akan berkurang dan kehidupan kita akan lebih bahagia.


Semoga kita semua sentiasa sihat dan ceria

Evelina Avilla

Call/Whatsapp : 010-5347375

Risiko Bell's Palsy

Setelah lebih setengah tahun saya didiagnose mengalami Bell's Palsy, hari ini sakit itu menyerang lagi..Sakit yang amat sangat pada belakang kepala berdekatan dengan telinga dan di bahagian belakang kepala..

Sebelah muka yang kena dulu, terasa kaku dan berdenyut2. Memang sakit yang tidak dapat digambarkan... Walaupun begitu, tiada perubahan pada muka.. Syukur...

So saya pun cepat-cepat double my dose of B-Complex. Nasib baik ada B-Complex Shaklee. Tidak risau ambil double dose sebab produk Shaklee berasaskan bahan organik. Klu ubat-ubat hospital semuanya berasaskan dadah. Ada kesan jangka panjang. Sebab tu saya percaya Shaklee.. Apa yang penting, harus minum 2-3 liter air sehari untuk penyerapan vitamin yang lebih optimum.

Sememangnya sesiapa di luar sana yang mengidap Bell's Palsy, kita mempunyai risiko untuk mengalaminya semula samada pada bahagian muka yang sama ataupun bahagin muka yang satu lagi. Sakit saya menyerang sebab sejak beberapa minggu ni pengambilan B-Complex dan OsteMatrix tidak konsisten. Sibuk dengan macam-macam hal...

Lepas makan B-Complex, saya pun tidur sebentar. Sakit tu masih ada tapi ada rasa lega sedikit. Sakit tu tidak akan hilang terus. B-Compleks bukannya ada magik...hihihi. Telan terus sihat.. Sedangkan panadol pun akan ambil masa untuk bertindak kan... So lepas ni mesti konsisten makan dua benda ni...Tak tahan kalau sakit datang lagi.. Buat apa benda pun rasa tidak selesa.

So kawan-kawan di luar sana, jangan berputus asa ya. Wajah saya telah kembali ke asal walaupun tidak 100%.. Tapi syukur, berkat doa, dan usaha... Kita mampu menghadapinya dan boleh sembuh semula. Boleh klik link ini untuk petua Bell's Palsy Do and Don't

Salam Sayang,
Evelina Avilla
010-53407375

Saya Pengedar Shaklee yang Sah..

Saturday, November 29, 2014

Suplemen Bakar Lemak





Lecithin ~ antara produk yang paling HOT dalam Shaklee. Kenapa? Sebab Lecithin ni mampu milik pendek kata murah dan mempunyai fungsi yang sangat disukai ramai..iaitu memecahkan lemak..

Lecithin merupakan pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah menyebabkan lemak tersebut 'terapung'. Hal ini boleh mencegah lemak dari melekat pada dinding membran darah kita.




Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg  Lecithin soya termasuk kolina dan inositol. Tubuh badan kita tidak menghasilkan Lecithin tetapi Lecithin sangat penting untuk tubuh badan kita.





Mengurangkan sembelit
Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan. Ia mampu melembabkan usus dan meleraikan toksik di dalam usus


Memperbaiki prostat bagi lelaki
Kajian membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti Lecithin yang banyak. Walaubagaimanapun harus mengikut dos harian.


Pemecah lemak, Kolesterol & Pelansingan
Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah. Pengambilan Lecithin juga dapat membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.
Lecithin turut menghalang obesiti dengan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.


Meningkatkan Daya Ingatan & Mengurangkan Stress
Kandungan kolina di dalam Lecithin membantu membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil Lecithin yang mencukupi untuk pembesaran janin yang sihat




Membantu Penyerapan Vitamin A, D, E & K
Lecithin membantu tubuh menyerap vitamin yang larut lemak dengan lebih baik


Mengurangkan darah tinggi
Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang asrterioklerosis dan menggalakkan peredaran darah.


Melindungi hati & menghalang batu karang
Menghalang enapan lemak di hati dan juga membantu memulihkan kesihatan hati.
90% dari batu karang terjadi dari kolesterol, Lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.


Mencantikkan otot & kulit
Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit cantik. Mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

Selain itu, Lecithin juga boleh membantu masalah insomnia, mencegah alergik, mencegah simpton menopous dan PMS, membantu melincirkan sendi-sendi dan dapat melindungi sel darah merah kita daripada diserang virus atau bakteria




Sekiranyanya anda ingin menurunkan berat badan, Lecithin adalah salah satu daripada produk pelansingan Shaklee yang paling laris.

Produk Shaklee adalah berasaskan bahan organik, mesra alam dan sentiasa berkesan

Untuk tempahan, konsultasi percuma dan mengetahui bagaimana mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.


Ikhlas,
Evelina Avilla
FB: Avilla Evelina
Call/Whatsapp: 010-5347375

Thursday, November 27, 2014

Ceritera Luna dan Zorro


Salam sejahtera dan salam sayang. Terima kasih banyak sebab sudi lawat blog saya ni. Saya harap rakan-rakan dapat manfaat dan informasi dari blog ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

Beberapa hari lepas saya ada bercerita mengenai Basic H Shaklee. Boleh klik entri tersebut di SINI. Dalam entri tersebut saya ada bercerita mengenai kucing-kucing saya. Jadi saya ingin menunaikan janji saya dengan memperkenalkan buah hati pengarang jantung saya..


Memperkenalkan 

Zorro The King of The House


Luna The Queen

Macam mana saya jumpa Luna & Zorro? Kesian....saya tinggal apartment. Masuk dua hari dah dengar anak kucing mengiau siang dan malam. Tapi tak terfikir nak ambil waktu tu sebab anak kucing ni dalam kotak depan rumah jiran di tingkat bawah. Mula fikir jiran tu yang punya. Bila masuk hari kedua, rasa kesian pula. Sebab bila anak kucing tu mengiau, boleh dengar sampai tingkat atas. Atas sebab kesian, sia pun turun dan ketuk rumah jiran tu. Saya tanya samada kucing tu milik mereka ataupun tidak. Kata jiran tu, bukan kucing mereka, tapi kucing tu selalu datang depan rumah. 

So mereka pun bagi makan. Sampai lah mommy kucing tu beranak depan rumah. Jiran tu bagi masuk dalam kotak. Dan jiran tu cakap dah beberapa hari mommy kucing tu tak datang. Mungkin dah mati kot.. 

Sia pun tanya la samada mereka nak ke tak anak-anak kucing tu. Jiran tu cakap tak nak sebab dia pun tengah tunggu hari nak bersalin. Nanti takda pula orang nak jaga. Oleh itu, saya pun ambil dah anak-anak kucing tu.

Waktu tu ada 3 ekor semuanya~ Zorro, Luna dan Simone. Tapi kesian Simone, kena virus. Mungkin sebab tak cukup antibodi sebab tak cukup susu ibu. Simone bertahan dalam 3 minggu ja. Terus tiba-tiba sakit. Tak mau minum susu.

Mula saya ingat mungkin memang Simone ni tak kuat menyusu. Sebab kalau bagi Zorro susu guna puting susu, satu botol tu pun dia boleh habiskan... Kuat menyusu.

Bila dapat tahu Simone dah sakit, saya drive ke Jabatan Veterinar di Kepayan. Driving sambil letak Simone atas paha supaya dia rasa panas, sambil air mata mengalir keluar. Sedih sangat. Sampai ja sana, bagi tengok entah doktor atau tidak. Boleh-boleh doktor tu cakap mungkin Simone ni inda cukup makan.. Tiada buat apa-apa pun. Saya memang tidak puas hati waktu tu.

Saya google klinik haiwan terdekat. Dapat cari Sabah Animal Medical Centre (SAMC) tapi dalam blog tu cakap SAMC agak mahal. So last-last jumpa Klinik Veterinar Dr Hardy di King Fisher. Cepat-cepat pegi sana. Waktu tu Simone macam 50-50 dah. So dr tu cakap kena virus. So Simone kena suntik vitamin dan ntah apa tu,,lupa suda. Waktu tu Luna dan Zorro terus suntik vaksin.

Sampai rumah, saya sentiasa di sisi Simone.. Saya letak botol mineal berisi air panas sebab nak bagi badan Simone tu sentiasa panas. Then sebelah malam, Simone kira dah ok..Boleh jalan, boleh minum susu. Gembira la sikit. 

So malam tu saya tidur di bilik dan anak-anak kucing semua d ruang tamu. Bila saya bangun esok subuh, nampak Simone terlantar atas lantai. Masih lagi bernafas. Saya peluk Simone bagi panas badan dia sambil nangis teresak-esak. Bagi minum vitamin, dia muntahkan. Dan akhirnya Simone pergi dipangkuan saya.. Sedih sangat..dan rasa menyesal sangat tidak bawa Simone tidur dengan saya di bilik,.

Tapi apa pun, perkara dah jadi. Sejak dari tu saja berjanji untuk buat yang terbaik untuk Luna dan Zorro. Mommy always love you Simone...always...

Ok...sudah..sudah.,.kesat air mata tu. Kata sayang kucing kan, so kena bagi yang terbaik. Bagi makan makanan premium sahaja. Dan harus sentiasa menjaga persekitaran rumah. Yang paling utama harus mop rumah sekerap yang boleh. Saya mop lantai setiap 2 kali sehari dengan Basic H untuk memastikan rumah bersih dari kuman dan kotoran.



Zorro sekarang da berumur 2 tahun 3 bulan. Berat 7.2kg. Kalau tanya baka apa, saya pun tak tau sebab stray cat. Tapi badan zorro memang besar.


Me and Zorro. Macam baby ja zorro ni



Ha ni Ekky. Bukan anak Zorro tau. Ni anak Luna dan Ting-ting. Ting-ting telah membuntingkan Luna waktu bawa memeow2 ni balik kampung.


Ekky ni sangat manja. Terutamanya dengan Zorro. Kalau saya bawa Ekky masuk bilik dan Zorro tidak. Memang inda berenti mengiau Zorro di depan pintu sampailah Ekky keluar.


Ekky "Sayang daddy Zorro" walaupun bapa tiri...


Ekky "Sayang mummy Luna"




Luna, Ekky dan Zorro.
Ekky ni ada 5 beradik. Tapi yang lain bagi dengan kawan-kawan. 
So tinggallah memeow2 ni bertiga


Ha tengok tu king of the house.. Betul-betul macam king


Yang ni Foxxy, bulu dia memang putih dan lebat. Anak Luna siri ke-2. Yang ni memang sah bapanya adalah Zorro. Dah bagi kawan dah Foxxy ni..



So selesai sesi memperkenalkan kucing-kucing saya. Sekarang ni ada 8 ekor kucing di rumah. Luna beranak lagi siri ke-3. Lima ekor semuanya tapi seekor mati sebab jatuh dari tingkat atas.

Antara impian saya, saya nak bina satu cat animal shelter menjelang 2020. Kesian tengok banyak stray cat. Nak pungut, rumah sekarang pun dah penuh dengan kucing. 

Doakan saya berjaya dalam bisnes Shaklee, agar hajat untuk membina cat animal shelter saya pada 2020 berjaya. Dan saya percaya dengan Shaklee, berkat doa dan usaha, saya pasti berjaya.

Anda juga boleh berjaya dengan Shaklee.

From Sabah with Love,
Evelina Avilla
010-5347375

Wednesday, November 26, 2014

Sakit Lutut? Sakit Tulang?

Sakit lutut? Sakit tulang? Kita semua pernah mengalaminya. Hal ini disebabkan oleh penyusutan tulang sejajar dengan peningkatan umur kita. Adakalanya sakit sendi dan tulang ini mencapai tahap yang lebih serius apabila sendi-sendi mengalami keradangan. Keradangan ini turut dikenali sebagai arthritis.

Sendi terasa sakit apabila disentuh, mungkin menjadi kemerah-merahan, membengkak dan boleh mengakibatkan sendi tersebut kehilangan fungsinya.

Jangan membuat tanggapan yang kurang tepat ya. Tidak semua sakit sendi itu merupakan gout. Gout merupakan penyakit yang lain tetapi turut berkaitan dengan sendi.



Jenis-Jenis Arthritis

Osteoarthritis (OA)

Osteoarthritis pada tangan
Osteoarthritis pada lutut
Osteoarthritis pada pengelangan tangan


Ostheoarthritis merupakan kesakitan pada sendi lutut, pinggul, tulang belakang, kaki ataupun tangan. Ia melibatkan kerosakan dan kemerosotan tulang rawan (kartilaj) dan berlaku secara perlahan-lahan.

Punca utama masalah ini adalah disebabkan proses penuaan. Kadar mereka yang berusia 65 tahun ke atas untuk mendapat OA sendi lutut adalah 40%. Mereka yang berumur 40 tahun ke atas berpotensi untuk mengidap OA. Potensi OA menyerang individu lelaki dan wanita adalah hampir sama.

Antara gejala OA adalah:

  • Bengkak dan sakit pada sendi-sendi pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada hujung jari kaki ataupun tangan
  • Rasa tegang/kaku setelah berehat sebentar
  • Rasa berkeriut ketika bergerak
  • Gerak-geri terbatas.  
  • Sakit dicelah-celah sendi


 Rheumatoid arthritis (RA)

Imbasan RA pada tangan
Keadaan tangan yang mengalami RA



Peringkat-peringkat RA

Rheumatoid arthritis (RA) merupakan sejenis keradangan sendi yang terjadi ketika sistem kekebalan tubuh tidak bekerja dengan baik. RA adalah penyakit kronik yang bersifat progressif dan memusnahkan sendi dan tisu disekelilingnya. Hampir 135,000 rakyat Malaysia mengidap RA. Jika tidak dirawat dengan baik, ia bakal mengundang kecacatan.

RA boleh menyerang sesiapa sahaja dan selalunya dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. Wanita lebih berisiko untuk mengidap RA.

RA mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan gejala yang ketara. Gelaja yang sering dialami oleh pesakit RA adalah:

  • mengalami sendi sakit, bahang dan bengkak
  • mendapati simpton pada sendi secara bersimetri
  • kekerasan pada sendi
  • keradangan sendi seringkali terjadi pada pergelangan tangan dan sendi jari
  • terasa penat, lesu, demam tidak tentu pasal dan sentiasa berasa tidak sihat
  • mengalami sakit dan kaku berlanjutan lebih 30 minit pada waktu pagi atau selepas berehat agak lama
  • simptom berlanjutan lebih dari beberapa minggu


Rawatan Arthritis

Osteoarthritis (OA)

Pengidap OA selalunya diberikan suntikan viskosuplemen untuk menggantikan bendalir sendi yang rosak. Ia mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi sendi lutut. Cara menyuntik viskosuplemen adalah mudah iaitu mencuci bahagian yang ingin disuntik dengan bahan pembasmi kuman. Ia dimulakan dengan suntikan bius untuk mendatangkan rasa kebas. Kemudian cecair sendi lama yang mempunyai banyak kekotoran dibuang dan cecair baru iaitu asid hialuronik dimasukkan.

Suntikan dan ketahanan bergantung kepada peringat OA:
  • Peringkat Pertama - tiada tanda penyempitan pada ruang sendi lutut
  • Peringkat Kedua - terdapat sedikit perubahan pada ruang sendi. Ada kesan cebisan osteofit (susut tulang) pada persekitaran sendi lutut
  • Peringkat Ketiga - berlaku penyempitan pada ruang sendi lutut. Kehadiran osteofit dikesan berganda pada persekitaran sendi lutut.
  • Peringkat Keempat - berlaku penyempitan ruang sendi lutut yang ketara dengan tulang sendi bersentuhan. Kehadiran osteofit besar yang berganda dapat dikesan
Suntikan viskosuplemen pada sakit OA sendi lutut peringkat Pertama dan Kedua boleh bertahan sehingga 12 bulan.

Pada peringkat Ketiga - lapan hingga 10 bulan

Pada peringkat Keempat - enam bulan sekali

Selain daripada suntikan ini, pesakit juga boleh mengambil ubat berbentuk pil dan steroid untuk tahan sakit.
(Sumber: Harian Metro - 20/8/2011)



Rheumatoid arthritis (RA)

Rawatan RA lebih bersifat terapi dan bersenam.

Antara rawatan terapi yang diberikan adalah:
  • Terapi biologics seperti Infliximab, Etanercept, Adalimumab, Rituximab dan Tocilizumad selama setahun
  • Terapi bukan biologics seperti MTX, SAS, HCQ, Leflumomide, Cyclosporine dan Azathioprine. Rawatan ini dibuat seminggu sekali.
(Sumber: Berita Harian - 17/07/2011)



Pencegahan Arthritis dengan Shaklee

Melihat kepada penyakit arthritis, adalah lebih baik kita mencegah daripada mengubati. Berikut adalah produk Shaklee yang mampu memberi kesihatan sendi dan tulang yang optimum:

  • mengandungi ekstrak asid boswellik yang diekstrak dari Boswellia serrata yang mampu meningkatkan keselesaan sendi
  • Glukosamin yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan komponen struktur rawan dan cecair dalam tulang untuk membekalkan pelinciran.
  • Vitamin C, zink, kumprum dan mangan yang diperlukan untuk membina tisu penghubung yang sihat.
Ramuan khas ini dirumus khas secara klinikal untuk meningkatkat mobiliti, fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa yang panjang.


Memelihara fungsi sendi iaitu paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzimyang membentuk tisu rawan, Dapat mencegah arthritis dan gout dengan efektif.

Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi

  • menguatkan tulang dengan menghalang osteoperosis dan merawat tulang retak
  • memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • mengandungi magnesium dan kalsium yang sangat penting pada tubuh. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan dan membantu sistem saraf dan otot

Harga set ini hanyalah berharga RM321 tidak termasuk penghantaran. Adalah berbaloi melaburkan RM321 untuk pencegahan daripada harus mengeluarkan beribu ringgit untuk rawatan pemulihan. 

Saya doakan agar kita sentiasa sihat dan gembira selalu.


Untuk tempahan, konsultasi percuma dan ingin mengetahui bagaimana mendapatkan produk Shaklee pada harga diskaun, bolehlah hubungi saya.


FB: Avilla Evelina
Call/Whatsapp: 010-5347375
email; bbroyalty@gmail.com

COD: Tamparuli, Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang

Penghantaran menggunakan pos di seluruh Malaysia dan luar negara

Suplemen Sendi



Advanced Joint Health (AJHT) Shaklee merupakan antara suplemen yang paling popular dalam meringankan sakit sendi. Mengikut ujian klinikal, AJHT mampu meningkatkan keselesaan sendi 28% lebih pantas daridapa jenama yang lain.

Jom kita sama-sama kaji AJHT


Kandungan

Ekstrak Boswellia
Eksktrak Boswellia diperolehi daripada resin pokok Boswellia serrata. Ia mengandungi asid boswellik yang menghalang leukotrien. Leukotrien merupakan sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi sehingga mengakibatkan ketidakselesaan pada sendi-sendi. Asid boswellik turun berfungsi sebagai anti-radang semulajadi



Glukosamin
Glukosamin pada AJHT diperolehi daripada ekstrak jagung. Estrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat pada glukosamina. Glukosamin merupakan sejenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang untuk membekalkan pelinciran. Cecair pada rawan ini turut dikenali sebagai cecair sinovial. Selain itu, glukosamin turut berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.

Vitamin C
AJHT membekalkan 100% nilai harian pada tubuh badan, It diperlukan bagi mensintesis kolagen. Kolagen merupakan salah satu komponen pada tulang rawan dan tisu-tisu penghubung di dalam tubuh kita.

Zink, Kumprum dan Mangan
Mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung.


Siapa perlukan AJHT

Semua orang perlukan AJHT tidak kira lelaki dewasa ataupun wanita yang ingin mengekalkan kesihatan sendi, yang aktif, yang lasak dan yang mempunyai pekerjaan yang memerlukan pergerakan yang banyak. Hal ini termasuklah ibu bapa kita yang mengalami penyusutan tulang. Ingat, semakin umur meningkat, semakin tinggi penyusutan tulang kita.


Kebaikan dan keistimewaan AJHT Shaklee

  • 100% berasaskan sayur-sayuran. Sangat sesuai untuk mereka yang merupakan vegetarian
  • Kaplet mudah ditelan
  • Bebas gluten
  • Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  • AHJT 100% bebas kondroitin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. Penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa sulfat kondoitin boleh mengganggu ekstrak jagung dan glukosamina.
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkkan tulang rawan
  • melancarkan pergerakan harian
  • menyokong keselesaan sendi


Untuk tempahan, konsultasi percuma dan untuk mengetahui bagaimana mendapatkan produk Shaklee pada harga diskaun boleh lah menghubungi saya.


FB: Avilla Evelina
Call/Whatsapp: 010-5347375
email: bbroyalty@gmail.com

COD: Tamparuli, Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang

Penghantaran menggunakan pos untuk seluruh Malaysia dan luar negara

Monday, November 24, 2014

Kolesterol 'jahat', kolesterol baik?


Ramai di kalangan kita yang mempunyai pandangan yang kurang tepat terhadap kolesterol. Ada yang memberikan pandangan bahawa hanya orang yang bersaiz besar mempunyai kolesterol.

Jangan silap. Kolesterol tidak mengira saiz badan. Ia tidak mengenal samada anda berbadan besar ataupun kecil. Jadi hari in jom belajar tentang kolesterol.



Kolesterol atau turut dikenali sebagai lipid merupakan sebahagian daripada struktur membran sel manusia dan juga haiwan. 80% sumber kolesterol dihasilkan oleh hati manakal 20% lagi diperolehi melalui sumber makanan seharian.


Hati mampu menghasilkan serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah dan juga mampu menyingkirkan kolesterol dardapa peredaran darah. Manakala kolesterol yang diperolehi daripada makanan boleh diperolehi daridapa daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ini dipanggil chylomicron.

Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati akan menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam darah untuk memastikan kandungan kolesterol adalah mencukupi setiap masa di dalam tubuh manusia dan haiwan.

Kolesterol tidak boleh larut ke dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dinamakan lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah akan bergabung dengan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) ataupun lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL dikenali sebagai kolesterol 'jahat' manakala kolesterol HDL dikenalai sebagai kolesterol 'baik'




Masalah kesihatan akan timbul apabila kandungan kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL di dalam badan. LDL akan menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri dan akan menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil sebagai plak kolesterol.

Jika ketebalan plak kolesterol ini semakin menebal pada dinding arteri ia akan mengakibatkan saluran arteri semakin sempit. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis.



Dalam kes serangan jantung, arteri koronari yang membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung menyempit disebabkan oleh atheroscleroses. Hal ini mengakibatkan ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen yang secukupnya kepada otot jantung. Akibat daripada kekurangan oksigen ke otot jantung, ia menyebabkan dada berasa sakit, dan ketulan darah di dalam arteri menyebabkan saluran tersebut tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung). Selain daripada serangan jantung, beberapa penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan banyak lagi berpunca daripada kandungan LDL yang tinggi di dalam darah.


Oleh sebab itu kolesterol HLD berperanan menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga berperanan untuk mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL. Tetapi gaya hidup kita dan tabiat pemakanan kita menyebabkan tubuh badan kita mengandungi lebih banyak kolesterol 'jahat' berbanding dengan kolesterol baik.


Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar kolesterol tinggi di dalam badan kita


Faktor yang menyebabkan kadar kolesterol tinggi di dalam badan kita terbahagi kepada dua:

Faktor yang tidak dapat dikawal:

a. Faktor keturunan
Sekiranya ibubapa anda mempunyai kadar kolesterol tinggi dalam darah, maka selalunya anak-anak turut mempunyai risiko untuk mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Adakalanya 6 kali ganda berbanding ibu bapa kita sendiri.

b. Faktor usia
Apabila menjangkau umur 20 tahun dan ke atas, kadar kolesterol cenderung untuk meningkat. Untuk lelaki, selepas berumur 50 tahun, kadar kolesterol berpotensi untuk meningkat dengan kadar yang lebih cepat. Untuk wanita pula, apabila mencapai menopous, kolesterol berpotensi untuk meningkat dengan kadar yang lebih pantas.


Faktor yang boleh dikawal:

a. Merokok
b. Obesiti
c. Kurang bersenam
d. Stress
e. Mengidap Diabetis melitus
f. Makan makanan yang mengandungi lemak tepu dan berminyak yang banyak seperti kuning telur, mentega, biskut dan sebagainya.
g. Minum kopi secara berlebihan



Tanda-tanda Anda mempunyai tahap Kolesterol yang Tinggi

1. Selalunya kita tidak akan tahu kita mengidap kolesterol tinggi sehingga la kita menjalani pemeriksaan perubatan. Adalah disarankan untuk menjalani medical check up sekurang-kurangnya 3-6 bulan sekali.

2. Terdapat tompok-tompok seperti jerawat sekitar mata.

Photo credit to photo owner

Sekiranya anda mendapati anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi adalah disarankan untuk ubah tabiat pemakanan anda, amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan amalkan pengambilan suplemen.

Untuk kekal sihat kita harus sentiasa memberi kesihatan yang terbaik untuk tubuh badan kita. Berikut adalah suplemen yang terbaik untuk mengawal kolesterol/darah tinggi.


Set Kawal Kolesterol/ Darah Tinggi

1. Lecithin
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), membantu kawal paras triglycerides.

2. Garlic Complex
Membantu mengurangkan kolestrol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan melambatkan proses penuaan.

Mencegah strok, DHA dan EPA membantu untuk melincirkan saluran darah, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan merendahkan kolestrol.

4. Phytocol-ST
Membantu menghalang penyerapan kolestrol dalam darah dan menurunkan paras LDL.


"Kesihatan tidak ternilai harganya. Tidak terbanding dengan wang ringgit, tidak juga terbanding dengan emas dan permata"
~ Milin Oleat

Hubungi saya untuk tempahan, konsultasi percuma dan bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
FB: Avilla Evelina
Call/Whatsapp: 010-5347375
Email: bbroyalty@gmail.com
COD: Tamparuli, Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang
Penghantaran menggunakan pos untuk seluruh Malaysia dan luar negara

Kuasa Air



Lebih kurang 70% daripada tubuh manusia merupakan cecair. Sumber cecair dalam badan adalah air minum yang kita minum setiap hari. Menurut pakar, badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari. Mengikut jisim badan kita. Maksudnya semakin besar badan kita,semakin banyak air yang diperlukan oleh badan kita setiap hari. Oleh itu semakin banyak air yang kita perlu minum.



MANA LEBIH BAIK UNTUK ANDA?

Minum air kosong banyak, ulang alik ke Tandas
VS
Minum air manis banyak, ulang alik ke Hospital





Jom belajar petua untuk cukupkan air di dalam badan kita

Segelas air bersaiz biasa, selalunya bersaiz 180-200ml. Sekiranya kita ingin mencukupkan 3 liter sehari, kita hanya perlu minum sekitar 15-20 gelas air sehari.. Jangan risau, senang ja nak capai 15 gelas air sehari tu..


Petua Pengambilan air sehari
  • Bangun pagi: 1 gelas
  • Sampai pejabat : 1 gelas
  • Tea break jam 10: 2 gelas
  • 30 minit sebelum makan tenghari : 1 gelas
  • 30 minit selepas makan tengahari: 2 gelas
  • Sewaktu di pejabat 2-5pm : 2-3 gelas
  • Selepas sampai di rumah dari pejabat: 1 gelas
  • 30 minit sebelum mandi: 1 gelas
  • 30 minit sebelum makan malam: 1 gelas
  • 30 minit selepas makan malam: 1 gelas
  • Sambil berehat tengok tv: 1 gelas
  • Sebelum tidur: 1 gelas

Ha senangkan.. Amalkan setiap hari. Lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan memberikan kesihatan kepada kita semua.. Jom sama-sama mulakan hari ini.


#Individu yang bekerja di bawah terik matahari dan atlit memerlukan jumlah air yang lebih banyak daripada 3 liter sehari.

#Individu yang bersenam atau beriadah memerlukan jumlah air yang lebih banyak pada hari ia bersenam atau beriadah disebabkan aktiviti tersebut kehilangan banyak air melalui peluh dan kita harus menggantikan kembali kandungan air yang hilang tersebut ke dalam badan dengan minum lebih banyak air.


#Adalah tidak disarankan untuk minum air sejuk pada waktu badan kita masih dalam keadaan panas samada selepas bersenam atau selepas berada di bawah terik matahari pada waktu yang panjang.




Salam sayang dan semoga kita sentiasa sihat dan ceria selalu,
Evelina Avilla


Saturday, November 22, 2014

Sumber Kalsium Terbaik ~ OsteMatrix Shaklee

OsteMatrix Shaklee terbukti secara klinikal mampu meningkatkan kadar penyerapan kalsium di dalam tulang kita. Tulang kita mencapai tahap matang apabila umur kita mencecah 28-30 tahun. Apabila mencapai umur 30 tahun, perlahan-lahan kadar kalsium akan berkurangan daripada jisim tulang kita. Pada umur 40 tahun, jisim tulang akan menurun dalam kadar yang lebih cepat dan memerlukan lebih banyak kalsium.

Oleh itu kita memerlukan kalsium daripada makanan seharian seperti mengamalkan minum susu berkalsium tinggi sekurang-kurangnya dua gelas sehari, lebihkan makanan kekacang, bayam, keju, buah avocado dan macam-macam lagi. Memandangkan adakalanya kita terlalu sibuk bekerja seharian sehingga kurang mengambil berat mengenai keperluan kalsium tubuh kita, OsteMatrix adalah jawapan yang terbaik untuk memenuhi keperluan kalsium harian kita.


Kebaikan Kalsium untuk Tubuh Manusia


Berikut adalah kebaikan dan manfaat kalsium terhadap tubuh kita:

  • Menguatkan tulang dengan menghalang osteoperosis
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas dengan mengaktifkan saraf dan melenturkan otot
  • Meringankan stress dengan mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, memperbaiki jantung berdebar dan memelihara denyutan jantung
  • Menggalakkan tidur yang selesa
  • Menyeimbangkan pH tubuh dengan meransang detoksifikasi
  • Membantu menguatkan gigi dan mencegah pendarahan gusi
  • Memperbaiki masalah sengugut ketika haid
  • Memperbaiki ketidakselesaan perut dan sakit gastrik
  • Merawat tulang retak
  • Membantu mengatasi penyakit osteomalacia (riket dewasa)
  • Membantu memperbaiki ezcema
  • Meredakan migrain dan sakit kepala

Keperluan Kalsium dalam diet harian

  • Bayi berumur 5 bulan : 400mg setiap hari
  • Bayi berumur 6 hingga 12 bulan : 600mg
  • Anak berusia 1 hingga 10 tahun: 800mg
  • Remaja berusia 11 hingga 24 tahun: 1,200mg
  • Dewasa 25 tahun dan ke atas: 800mg
  • Berumur 50 tahun dan ke atas: 1,000mg
  • Ibu hamil dan menyusukan anak:  1,200mg




Kelebihan OsteMatrix Shaklee


Selain kalsium, OsteMatrix turut mengandungi Magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Jangan salah sangka ya, semua sumber mineral ini diperolehi dari sumber semulajadi.


Nutrien-nutrien ini harus diambil bersama-sama untuk memastikan kadar penyerapan kalsium yang maksimum di dalam tubuh dan  menghalang endapan sesetengah mineral yang berlebihan ataupun tidak diperlukan di dalam tubuh badan manusia.


FB: Avilla Evelina
Call/Whatsapp: 010-5347375
Email: bbroyalty@gmail.com

COD: Tamparuli, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang

Penghantaran menggunakan pos di seluruh Malaysia dan luar negara