Showing posts with label Keindahan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Keindahan Shaklee. Show all posts

Friday, November 21, 2014

I Fall In Love

Salam sayang dan salam ceria sahabat sekalian.

Ramai kawan di luar bertanya kepada saya kenapa memilih Shaklee. Di luar sana banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan. Boleh dikatakan seperti cendawan tumbuh.. Tapi saya tetap memilih Shaklee. Ceritanya bermula di sini..

Saya mempunyai alergik terhadap ayam dan telur. Asal makan saja mesti tangan dan kaki gatal-gatal.. Dulu bila nak salam orang, saya memang cuba mengelak sebab malu. Apa tidaknya tangan saya luka-luka akibat digaru..

Yalah kan.. ayam dan telur kan merupakan makanan yang paling selalu kita jumpa. Dalam mee goreng, dalam nasi goreng, dalam lauk-pauk dan sebagainya. Disebabkan oleh itu saya memang tidak berpantang.. Ayam ka, telur ka, semua saya bedal.. Ha tapi bila malam mula lah menggaru2..
Bayangkanlah KFC depan  mata, orang belanja lagi tu...manalah dapat tahan nafsu makan tu..hahahaha..

Ok..chup..sambung cerita pasal Shaklee. So saya pun try la produk Shaklee. Waktu tu ambil Alfafa, SR Vit c, Lecithin dan herbal blend.

Saya pun makan sebulan...dua bulan..Hmm tak nampak pun perubahan.. Saya waktu tu macam tak percaya sangat dah. Sebab tak nampak perubahan. Mula lah macam malas-malas nak consume. Tapi hubby cakap teruskan ja..so saya pun teruskan lah juga..

Masuk bulan ke-4, baru nampak perubahan. Bila makan ayam dan telur dah tak segatal yang dulu lagi. Tangan pun tidak lagi merah-merah dan luka-luka. Sampai sekarang masih juga consume Alfafa, SR Vit C dan Lecithin. Syukur.. Minta maaf sangat sebab gambar tiada.. Sebab waktu tu inda terfikir pun mau ambil gambar..hihi

Lepas dari tu, memandangkan slalu order Shaklee, saya pun join member. Waktu tu hanya fikir sebab nak dapatkan harga member. 20% lebih murah berbanding harga bukan member tau.. Banyak tu..
Salah satu lagi sebab kenapa saya percayakan shaklee kerana produk-produknya yang berasaskan bahan-bahan semulajadi. Even cover kapsul pun dari bahan semulajadi tau. Kita mau sihat dari dalam dan luar.. Tak mau pula cantik di luar tapi badan penuh dengan bahan kimia dan toksik kan 


Sekarang bila hampir setahun kenal Shaklee, rupanya Shaklee boleh dijadikan platform untuk mencapai financial freedom dalam hidup. Ya lah kalau nak harap makan gaji, sampai bila-bila pun tak pandai habis hutang tu.. Loan kereta 9 tahun. Loan rumah 30. Loan ptptn 20 tahun.. Woooo..tu kiranya berhutang sampai mati ooo.. Tak mau saya.. palis-palis.

Kalau boleh sebelum umur 40 tahun mesti dah capai financial freedom. Kalau lagi awal lagi bagus. Dan saya percaya dengan pelan pemasaran Shaklee, berkat doa dan usaha pasti boleh berjaya dengan Shaklee. Apatah lagi secara tidak sengaja saya berada dalam susur galur jutawan.

Siapa tak bangga kan dapat berada dalam susur galur jutawan. Group ni merupakan group yang paling banyak menghasilkan juwatan dari pelbagai latar belakang. Ada yang kerja biasa-biasa, ada suri rumah dan ada juga yang berkerjaya seperti bekerja dengan Petronas, peguam dan sebagainya. Sedangkan mereka yang bergaji tinggi pun masih mencari dan buat bisnes sampingan apatah lagi kita yang hanya bergaji di bawah RM5,000.. kan..kan..kan

Sebab mereka pun mau financial freedom dan yang paling kita mahu adalah ada masa bersama anak-anak. Tengok anak-anak membesar, dan besarkan anak-anak sendiri. Tapi disebabkan kekangan kerja terpaksa hantar anak ke taska lah, tempat ibu ataupun tempat mentua. Itu menjadikan kita bukan orang pertama yang nampak anak kita belajar merangkak, berjalan.. dan sebagainya.. Tak sedih kah? Tak rasa bersalah pada anak?

Jadi sekarang adalah masa untuk kita berubah. Di Malaysia sesiapa yang bergaji RM3600 dikategorikan sebagai penduduk termiskin di Malaysia. Saya sendiri tergolong dalam golongan ni. Sedih sendiri tapi belum terlambat untuk berubah.

Dapat  bersama dalam group jutawan memang sangat bahagia. Sebab tiada seorang pun yang dibiarkan tanpa bimbingan. Dari hal mengenai nutrisi sehingga lah pembangunan kendiri. Syukur sangat dapat berapa dalam group ni...

Kawan-kawan di luar sana, jangan fikir lama-lama, jangan fikir panjang-panjang. Buat keputusan pada hari ni.. untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. Peluang akan datang pada saat kita tidak bersedia.

Saya doakan semoga kita semua sentiasa sukses dan gembira. Salam sayang..

From Sabah with a lot of LoVe,
Evelina Avilla

Sunday, November 16, 2014

Sejarah Dr Forrest C Shaklee dan Penubuhan Shaklee Corporation

Dr Forrest C Shaklee atau lebih dikenali sebagai Dr Shaklee dilahirkan pada tahun 1984. Sejak lahir lagi beliau telah disahkan mengidap penyakit 'turberculosis' atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai batuk kering. Memandangkan teknologi pada waktu itu tidak secanggih zaman sekarang, doktor yang merawat beliau memberitahu kepada ibubapanya bahawa harapan untuk Dr Shaklee hidup adalah sangat tipis. Disebabkan oleh hal itu, keluarga Dr Shaklee membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan yang mempunyai tanah yang subur agar mereka boleh bercucuk tanam dan dapat menghasilkan makanan harian yang penuh dengan nutrisi. Ibubapa Dr Shaklee pada waktu itu tidak lagi bergantung sepenuhnya pada hospital tetapi mengamalkan pemakanan yang bernutrisi untuk Dr Shaklee dan keluarga.

Gambar Keluarga Dr Forrest C Shaklee


Setelah sekian lama mengamalkan pemakanan yang penuh dengan nutrisi, kesihatan Dr Shaklee bertambah baik. Ada yang mengatakan ia merupakan satu keajaiban pada zaman tersebut. Walaupun peningkatan kesihatan Dr Shaklee agak perlahan namun ia semakin baik setiap hari. Disebabkan oleh itu, pada usia yang masih muda Dr Shaklee telah menerapkan dalam diri beliau bahawa kesihatan yang optimum semuanya bermula dengan sumber nutrisi yang lengkap, alam sekitar yang tidak tercemar dan senaman.

Apabila meningkat dewasa, Dr Shaklee memilih untuk belajar dalam 'Chiropratic' bersama dengan sahabatnya B.J Palmer. Selain itu, Dr Shaklee turut mempunyai ijazah dalam bidang nutriri, biokimia, falsafah dan juga ijazah dalam bidang kerohanian. Ada juga yang bertanya kepada Dr Shaklee mengapa memilih chiropatric dan tidak memilih kedoktoran. Dr Shaklee berkata, 

"Saya tidak memperkecilkan kebolehan seorang doktor tetapi bidang doktor dan bidang saya adalah jauh berbeza. Doktor dilatih untuk menyembuhkan penyakit tetapi saya lebih berminat untuk membina kesihatan"

Pada tahun 1915, Dr Shaklee membuka premis chiropratic beliau yang pertama di Rockwell City, Iowa. Dr Shaklee banyak menyentuh tentang diet pesakit-pesakit beliau. Pada ketika itu amalan pemakanan yang tidak adalah sesuai yang luar biasa pada zaman tersebut.

Premis Chiropratic Pertama Dr Shaklee yang dibuka pada 1915
Pada tahun yang sama, Dr Shaklee telah mencipta vitamin pertama dunia yang dinamakan sebagai 'Vitalized Minerals'.  'Vitalized Minerals' ini dihasilkan melalui mengasingkan mineral dan sebatian semulajadi dari sayur-sayuran. Pada tahun yang sama juga,  beliau disertai dan bekerjasama ddngan seorang ahli biokimia dari Poland iaitu Casimir Funk. Casimir Funk menamakan sebatian yang dihasilkan oleh Dr Shaklee sebagai vitamin dan di situlah bermulanya perkataan vitamin digunakan sehingga kini.

"Vitalized-Mineral Pertama di dunia yang dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee


Pada tahun 1924, klinik Dr Shaklee telah menjadi salah satu klinik yang lengkap dengan perkhidmatan chiropractic, osteopaths, internist, doktor perubatan dan dilengkapi dengan kelengkapan pembedahan. Pada tahun yang sama, Dr Shaklee mula membotolkan dan mengedar formulasi makanan tambahan beliau.

Pada tahun 1928, beliau telah berjaya membangunkan satu kaedah pemakanan pertama pada zaman tersebut dan menyarankan agar semua pesakit beliau mengikuti kaedah pemakanan tersebut. Kaedah pemakanan yang dibangunkan adalah hampir serupa dengan piramid makanan yang kita ada pada ketika ini yang menekankan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergula.

Selepas mengamalkan perubatan chiropractic sehingga berumur 65 tahun, Dr Shaklee akhirnya menubuhkan syarikat 'Shaklee Product' pada tahun 1956 bersama dengan Sr. dan dua orang anak beliau iaitu  Forrest, Jr dan Raleigh. Dan bermulalah perjalanan syarikat Shaklee sehingg kini.

                                          Sejarah Shaklee                                                                                            1956-Kini


1956    
Shaklee Products ditubuhkan di Oakland, California oleh Dr Forrest C Shaklee, Sr, Forrest. Jr dan Raleigh

1960    
Memperkenalkan Basic- H, product untuk membersihkan rumah yang tidak mengandungi fosfat, pekat dan boleh terbiodegrasi.

1960 - Basic H

Terkini - Basic H
                                     

1962      
Mengembangkan kemudahan dan fasiliti syarikat di National Avenue, Hayward, California.

1964     
Convention Shaklee diadakan pertama kalinya di Jack Tar Hotel, San Francisco

1971     
Forrest C Shaklee Research Centre ditubuhkan di Hayward, California

1972      
Shaklee Products, Inc dijenamakan semula menjadi Shaklee Corporation. Dalam satu dekad, pada tahun 1970, hasil jualan meningkat dari USD20juta kepada USD320juta.

1974       
Shaklee Corporate headquaters berpindah ke Emeryville, California

1976       
Penubuhan Shaklee Japan dan Shaklee Canada

1977       
Buat pertama kalinya tersenarai dalam New York Stock Exchange pada 8/2/1977

1979       
Grand Opening, Norman Manufacturing Facility di Norman, Oklahoma. Penutupan fasiliti National Avenue and Corsair di Hayward.

1980       
Corporate headquaters berpindah ke Shaklee Tarraces di San Francisco

1981       
Sambutan Ulang tahun Jubili Perak

1984      
Shaklee menjadi perunding nutrisi kepada pasukan Ski U.S. Pasukan ski U.S pada tahun ini telah berjaya mendapatkan lebih banyak emas semasa kejuaraan Winter Games di Sarajevo berbanding tahun sebelumnya.

1986       
Shaklee bekerjasama dengan Bear Creek Corportation. Product shaklee telah berikan kepada juruterbang Voyager, dalam usaha menghasilkan rekod dunia, mengelilingi dunia tanpa henti.

1988       
Daedalus Flight menggunakan Shaklee Performance, minuman untuk tenaga yang baru diperkenalkan dalam usaha menghasilkan rekod dunia dalam 'human powered flight'

1990      
Shaklee merupakan salah satu daridapa tujuh syarikat yang menjadi penaja utama semasa 20th Anniversary of Earth day dan mendapat pengiktirafan dari Family Circle Maganize, "Green Chip" sebagai the nation's top ten most environmentally conscious company.

1994       
Sambutan hari lahir Dr Forrest C Shaklee yang ke-100.

1996       
Shaklee menyambut tahun ke-40 di dalam bidang multi-level marketing

               
Shaklee menaja atlit semasa Centennial Games di Atlanta dan pasukan tersebut berjaya meraih 4 emas, 6 perak dan 1 gangsa.

1997      
 Acara pecah tanah Shaklee and Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd, bangunan perusahaan dan kilang yang baru di Norman, Oklahoma

              
Shaklee and Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd secara rasminya membuka 'the state-of-art" Yamanouchi Shaklee Pharma (YSP) Research Centre di Stanford Research Park, Palo Alto, California

2000      
Secara rasminya bangunan baru pentadbiran Shaklee yang berkonsepkan mesra alam dibuka di Pleasanton, California

        
Untuk mengetahui lebih banyak pengiktirafan boleh lah klik link Shaklee Milestone

              Berikut adalah beberapa pengiktirafan yang diperolehi oleh Shaklee

Shaklee is certified as the nation's first Climate Neutral Certified Company by the Climate Neutral Network as a result of Shaklee's achievement of a net zero impact on the Earth's climate.

Shaklee receives the Earth Day 2000 Environmental Business Leadership Award from Earth Day New York.

Shaklee receives the Business Environmental Network Award from Bay Area Action/Peninsula Conservation Foundtion.


Shaklee merupakan peneraju dan pembekal vitamin dan mineral terbesar di dunia dan merupakan peneraju utama di dalam industry nutrisi.

Dengan kerjasam universiti sekitarnya dan untuk memastikan bahawa produk Shaklee benar- benar sentiasa selamat, mesra alam dan berkesan, produk-produk Shaklee dihantar untuk diuji di makmal luar daripada Shaklee seperti Yale University dan Harvard University yang menghasilkan hasil ujian yang berasaskan saintitik bahawa produk Shaklee mampu dicerna oleh tubuh manusia dan dapat membantu meningkatkzn fungsi-fungsi dalam tubuh badan kita. Shaklee melaburkan lebih dari USD30juta untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Ratusan ujian yang telah dijalankan telahpun diterbitkan dalam jurnal-jurnal nutrisi dan bidang perubatan. Antaranya adalah:

a. The American Journal of Clinical Nutrition
b. The Journal of Nutrition
c. The Journal of the American Dietetic Association
d. The Journal of Applied Physiology
e. The American Journal of Cardiology


Shaklee membelanjakan hampir USD12juta setiap tahun untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan di fasili Shaklee di Hayward, California dan makmal kedua dibina di Palo Alto, California dengan kerjasama Stanford University. Shaklee mempunyai lebih daripada 150 saintis dan penasihat yang terdiri daripada doktor, professor, dan saintis dari syarikat mega dan universiti-universiti terkemuka di dunia.

Shaklee mempunyai kilangnya sendiri yang menghasilkan produknya di Norman, Oklahoma. Kebanyakkan syarikat tidak mempunyai kilang sendiri dan hanya membeli vitamin mereka dari pembekal dan lalu membungkusnya menggunakan label mereka.

Shaklee kini beroperasi di US, Jepun, China, Taiwan, Canada, Mexico, Indonesia dan Malaysia.

Oleh sebab itu, marilah bersama-sama menjaga kesihatan bersama Shaklee hari ini.



Evelina Avilla
Call/Whatsapp : 010-5347375
Email: bbroyalty@gmail.com
FB: Avilla Evelina








Friday, February 14, 2014

Kenapa Shaklee?

Ramai di antara kita yang ragu-ragu untuk mengambil suplemen secara harian? Kenapa? Mari kita bincang bersama..

  1. Sebab takut akan kesan sampingan
  2. Takut akan produk-produk tiruan
  3. Takut produk tidak halal
  4. Dan yang paling penting sekali, takut duit habis...

Well, saya dulu pun pernah berfikiran begitu kerana terlalu banyak produk-produk baru di keluarkan setiap hari.. Tetapi pemikiran saya berubah setelah bertemu dengan suplemen Shaklee..

Kenapa saya memilih dan percayakan Shaklee:

@ Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi...saya ulang ya.. SYARIKAT NUTRISI SEMULAJADI no.1 di Amerika Syarikat sejak 1956.

@ Shaklee telah beroperasi lebih 50 tahun

@ Pakar Shaklee mengkaji dan mengeluarkan produk semulajadi tanpa bahan sintetik, tanpa pewarna, tanpa pemanis tirusn dan tanpa silika gel.

@Produk Shaklee dijamin 100% semulajadi, selamat

@Produk Shaklee diiktiraf Halal daripada Islamic Service of America (ISA)

Sedikit fakta :
Pengasa Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee merupakan pengasas kepada multivitamin pertama dunia dan individu pertama memperkenalkan konsep Multi-Level Marketing (MLM) di dalam perniagaan.



Facebook   : Avilla Evelina
Shaklee ID : 1078471
Emel           : bbroyalty@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 010 534 7375