Sunday, November 16, 2014

Sejarah Dr Forrest C Shaklee dan Penubuhan Shaklee Corporation

Dr Forrest C Shaklee atau lebih dikenali sebagai Dr Shaklee dilahirkan pada tahun 1984. Sejak lahir lagi beliau telah disahkan mengidap penyakit 'turberculosis' atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai batuk kering. Memandangkan teknologi pada waktu itu tidak secanggih zaman sekarang, doktor yang merawat beliau memberitahu kepada ibubapanya bahawa harapan untuk Dr Shaklee hidup adalah sangat tipis. Disebabkan oleh hal itu, keluarga Dr Shaklee membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan yang mempunyai tanah yang subur agar mereka boleh bercucuk tanam dan dapat menghasilkan makanan harian yang penuh dengan nutrisi. Ibubapa Dr Shaklee pada waktu itu tidak lagi bergantung sepenuhnya pada hospital tetapi mengamalkan pemakanan yang bernutrisi untuk Dr Shaklee dan keluarga.

Gambar Keluarga Dr Forrest C Shaklee


Setelah sekian lama mengamalkan pemakanan yang penuh dengan nutrisi, kesihatan Dr Shaklee bertambah baik. Ada yang mengatakan ia merupakan satu keajaiban pada zaman tersebut. Walaupun peningkatan kesihatan Dr Shaklee agak perlahan namun ia semakin baik setiap hari. Disebabkan oleh itu, pada usia yang masih muda Dr Shaklee telah menerapkan dalam diri beliau bahawa kesihatan yang optimum semuanya bermula dengan sumber nutrisi yang lengkap, alam sekitar yang tidak tercemar dan senaman.

Apabila meningkat dewasa, Dr Shaklee memilih untuk belajar dalam 'Chiropratic' bersama dengan sahabatnya B.J Palmer. Selain itu, Dr Shaklee turut mempunyai ijazah dalam bidang nutriri, biokimia, falsafah dan juga ijazah dalam bidang kerohanian. Ada juga yang bertanya kepada Dr Shaklee mengapa memilih chiropatric dan tidak memilih kedoktoran. Dr Shaklee berkata, 

"Saya tidak memperkecilkan kebolehan seorang doktor tetapi bidang doktor dan bidang saya adalah jauh berbeza. Doktor dilatih untuk menyembuhkan penyakit tetapi saya lebih berminat untuk membina kesihatan"

Pada tahun 1915, Dr Shaklee membuka premis chiropratic beliau yang pertama di Rockwell City, Iowa. Dr Shaklee banyak menyentuh tentang diet pesakit-pesakit beliau. Pada ketika itu amalan pemakanan yang tidak adalah sesuai yang luar biasa pada zaman tersebut.

Premis Chiropratic Pertama Dr Shaklee yang dibuka pada 1915
Pada tahun yang sama, Dr Shaklee telah mencipta vitamin pertama dunia yang dinamakan sebagai 'Vitalized Minerals'.  'Vitalized Minerals' ini dihasilkan melalui mengasingkan mineral dan sebatian semulajadi dari sayur-sayuran. Pada tahun yang sama juga,  beliau disertai dan bekerjasama ddngan seorang ahli biokimia dari Poland iaitu Casimir Funk. Casimir Funk menamakan sebatian yang dihasilkan oleh Dr Shaklee sebagai vitamin dan di situlah bermulanya perkataan vitamin digunakan sehingga kini.

"Vitalized-Mineral Pertama di dunia yang dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee


Pada tahun 1924, klinik Dr Shaklee telah menjadi salah satu klinik yang lengkap dengan perkhidmatan chiropractic, osteopaths, internist, doktor perubatan dan dilengkapi dengan kelengkapan pembedahan. Pada tahun yang sama, Dr Shaklee mula membotolkan dan mengedar formulasi makanan tambahan beliau.

Pada tahun 1928, beliau telah berjaya membangunkan satu kaedah pemakanan pertama pada zaman tersebut dan menyarankan agar semua pesakit beliau mengikuti kaedah pemakanan tersebut. Kaedah pemakanan yang dibangunkan adalah hampir serupa dengan piramid makanan yang kita ada pada ketika ini yang menekankan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergula.

Selepas mengamalkan perubatan chiropractic sehingga berumur 65 tahun, Dr Shaklee akhirnya menubuhkan syarikat 'Shaklee Product' pada tahun 1956 bersama dengan Sr. dan dua orang anak beliau iaitu  Forrest, Jr dan Raleigh. Dan bermulalah perjalanan syarikat Shaklee sehingg kini.

                                          Sejarah Shaklee                                                                                            1956-Kini


1956    
Shaklee Products ditubuhkan di Oakland, California oleh Dr Forrest C Shaklee, Sr, Forrest. Jr dan Raleigh

1960    
Memperkenalkan Basic- H, product untuk membersihkan rumah yang tidak mengandungi fosfat, pekat dan boleh terbiodegrasi.

1960 - Basic H

Terkini - Basic H
                                     

1962      
Mengembangkan kemudahan dan fasiliti syarikat di National Avenue, Hayward, California.

1964     
Convention Shaklee diadakan pertama kalinya di Jack Tar Hotel, San Francisco

1971     
Forrest C Shaklee Research Centre ditubuhkan di Hayward, California

1972      
Shaklee Products, Inc dijenamakan semula menjadi Shaklee Corporation. Dalam satu dekad, pada tahun 1970, hasil jualan meningkat dari USD20juta kepada USD320juta.

1974       
Shaklee Corporate headquaters berpindah ke Emeryville, California

1976       
Penubuhan Shaklee Japan dan Shaklee Canada

1977       
Buat pertama kalinya tersenarai dalam New York Stock Exchange pada 8/2/1977

1979       
Grand Opening, Norman Manufacturing Facility di Norman, Oklahoma. Penutupan fasiliti National Avenue and Corsair di Hayward.

1980       
Corporate headquaters berpindah ke Shaklee Tarraces di San Francisco

1981       
Sambutan Ulang tahun Jubili Perak

1984      
Shaklee menjadi perunding nutrisi kepada pasukan Ski U.S. Pasukan ski U.S pada tahun ini telah berjaya mendapatkan lebih banyak emas semasa kejuaraan Winter Games di Sarajevo berbanding tahun sebelumnya.

1986       
Shaklee bekerjasama dengan Bear Creek Corportation. Product shaklee telah berikan kepada juruterbang Voyager, dalam usaha menghasilkan rekod dunia, mengelilingi dunia tanpa henti.

1988       
Daedalus Flight menggunakan Shaklee Performance, minuman untuk tenaga yang baru diperkenalkan dalam usaha menghasilkan rekod dunia dalam 'human powered flight'

1990      
Shaklee merupakan salah satu daridapa tujuh syarikat yang menjadi penaja utama semasa 20th Anniversary of Earth day dan mendapat pengiktirafan dari Family Circle Maganize, "Green Chip" sebagai the nation's top ten most environmentally conscious company.

1994       
Sambutan hari lahir Dr Forrest C Shaklee yang ke-100.

1996       
Shaklee menyambut tahun ke-40 di dalam bidang multi-level marketing

               
Shaklee menaja atlit semasa Centennial Games di Atlanta dan pasukan tersebut berjaya meraih 4 emas, 6 perak dan 1 gangsa.

1997      
 Acara pecah tanah Shaklee and Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd, bangunan perusahaan dan kilang yang baru di Norman, Oklahoma

              
Shaklee and Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd secara rasminya membuka 'the state-of-art" Yamanouchi Shaklee Pharma (YSP) Research Centre di Stanford Research Park, Palo Alto, California

2000      
Secara rasminya bangunan baru pentadbiran Shaklee yang berkonsepkan mesra alam dibuka di Pleasanton, California

        
Untuk mengetahui lebih banyak pengiktirafan boleh lah klik link Shaklee Milestone

              Berikut adalah beberapa pengiktirafan yang diperolehi oleh Shaklee

Shaklee is certified as the nation's first Climate Neutral Certified Company by the Climate Neutral Network as a result of Shaklee's achievement of a net zero impact on the Earth's climate.

Shaklee receives the Earth Day 2000 Environmental Business Leadership Award from Earth Day New York.

Shaklee receives the Business Environmental Network Award from Bay Area Action/Peninsula Conservation Foundtion.


Shaklee merupakan peneraju dan pembekal vitamin dan mineral terbesar di dunia dan merupakan peneraju utama di dalam industry nutrisi.

Dengan kerjasam universiti sekitarnya dan untuk memastikan bahawa produk Shaklee benar- benar sentiasa selamat, mesra alam dan berkesan, produk-produk Shaklee dihantar untuk diuji di makmal luar daripada Shaklee seperti Yale University dan Harvard University yang menghasilkan hasil ujian yang berasaskan saintitik bahawa produk Shaklee mampu dicerna oleh tubuh manusia dan dapat membantu meningkatkzn fungsi-fungsi dalam tubuh badan kita. Shaklee melaburkan lebih dari USD30juta untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Ratusan ujian yang telah dijalankan telahpun diterbitkan dalam jurnal-jurnal nutrisi dan bidang perubatan. Antaranya adalah:

a. The American Journal of Clinical Nutrition
b. The Journal of Nutrition
c. The Journal of the American Dietetic Association
d. The Journal of Applied Physiology
e. The American Journal of Cardiology


Shaklee membelanjakan hampir USD12juta setiap tahun untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan di fasili Shaklee di Hayward, California dan makmal kedua dibina di Palo Alto, California dengan kerjasama Stanford University. Shaklee mempunyai lebih daripada 150 saintis dan penasihat yang terdiri daripada doktor, professor, dan saintis dari syarikat mega dan universiti-universiti terkemuka di dunia.

Shaklee mempunyai kilangnya sendiri yang menghasilkan produknya di Norman, Oklahoma. Kebanyakkan syarikat tidak mempunyai kilang sendiri dan hanya membeli vitamin mereka dari pembekal dan lalu membungkusnya menggunakan label mereka.

Shaklee kini beroperasi di US, Jepun, China, Taiwan, Canada, Mexico, Indonesia dan Malaysia.

Oleh sebab itu, marilah bersama-sama menjaga kesihatan bersama Shaklee hari ini.



Evelina Avilla
Call/Whatsapp : 010-5347375
Email: bbroyalty@gmail.com
FB: Avilla Evelina








Kelas Blog Pertamaku

Hari ni pertama kali join kelas blog. Syukur dapat banyak ilmu blogging.. Saya budak baru nak belajar..so almaklum lah ya kalau blog saya ni masi agak kucar-kacir dan tidak sehebat mana. Secara perlahan-lahan saya akan upgrade blog ini agar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat..chewah...hihi

Coret-coret hari ini, saya dan beberap rakan dalam bisnes Shaklee berpeluang untuk menimba ilmu dr Master Laura.. memang suda beberapa hari nak pergi kedai buku cari buku mengenai blogging ni. Tup..tup.. tiba-tiba Master Laura post dalam group whatapps tentang kelas blog ni. Saya tanpa fikir panjang terus ja join..hihihi

Ok..ada beberapa tips blogging yang say dapag hari ini. Antar tips yang penting adalah:

1. Tulis blog setiap hari. Sekurang-kurangnya satu entri
2. Bila entri sudah banyak baru lah belajar nak cantikkan blog. Sebab walaupun blog cantik tapi isinya tiada, pun tak bermanfaat juga kan.
3. Rajin-rajinlah blogwalking
4. Jangan copy paste dari blog orang lain
5. Rajin-rajinlah share blog kita dalam facebook page atau pun facebook account kita ya.

So itulah sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat hari ini.. Semoga kita semua success dalam apa jua bidang yang kita ceburi..

Selamat malam semua. Mimpi indah-indah dan tidur lena ya..

Monday, October 27, 2014

Kotut...Oh..Kotut...



Perbezaan antara mata yang sihat dan mata yang dijangkiti
Kotut (istilah di Sabah) atau dikenali sebagai ketumbit adalah ketumbuhan yang terjadi samada di bawah kelopak mata atau di atas kelopak mata.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kotut. Antaranya adalah:

   1. Jangkitan kuman
   2. Kerap tidur lewat dan tidak mendapat rehat yang cukup

   3. Sering terdedah pada panas terik matahari

   4. Sering terdedah dengan udara yang kotor.


Kotut di bawah mata

Kotut di atas mata

Kotut adalah penyakit berulang. Selepas sembuh, ada kemungkinan untuk terkena semula kotut. Bila ada ni kotut, rasa inda selesa sebab gatal dan rasa sakit kan.. so buli la try Shaklee.

Dalam suplemen shaklee, paling sesuai adalah suplemen ACE, iaitu Vitamin A, Vit C, dan Vitamin E. ACE adalah vitamin antioksida yang dapat membantu pesakit yang mengalami kotut ini.

Vitamin A : CarotoMax
Vitamin C : SR Vit c
Vitamin E : Vita E


Walau bagaimanapun sekiranya kotut kamu semakin bengkak ada baiknya pergi ke klinik. Selepas itu ble la ambl ACE sebagai langkah pencegahan di masa hadapan.. Rehat mesti cukup juga ja..


Avilla Evelina
Call/Whatsapp: +60105347375
Emai: bbroyalty@gmail.com
COD: Tuaran, Tamparuli, Menggatal, Inanam, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang 
Penghantaran menggunakan pos di seluruh Malaysia

Wednesday, October 1, 2014

Paragliding di Sabah

Hari ni mau share tentang aktiviti sampingan sya pla..

Banyak2 sukan extreme, sya memilih utk menceburkan diri dalam sukan Paragliding
Walaupun masi ramai yg inda tau pasal paragliding di Malaysia tetapi semakin hari peminat sukan ini semakin berkembang terutamanya di Sabah.

Kalau kawan2 inda pernah try paragliding, kamu seharusnya sekurang2nya try terbang sekali seumur hidup kamu. Tia perlu pengalaman..sb paragliding ada menyediakan Tandem Flight iaitu terbang sebagai penumpang. Ada 'driver' atau dikenali sebagai tandem master yang akan bawa..

Di Sabah tandem flight yg paling terkenal adalah di Ranau, Sabah. Terletak kira2 2-3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Lokasi Ranau Paragliding Park ini, betul2 di Kompleks Sukan Ranau..
Google maps ja Kompleks Sukan Ranau..ha di situ la site kami.

Harga tandem flight bermula dari RM100-RM150.. mengikut tempoh penerbangan. Penerbangan singkat adalah sekitar 3-5 minit. Manakala penerbangan yg lama adalah dlm 7-10 minit.. Macam sekejap kan.. Tapi bila suda terbang..1 minit tu rasa mcm lammmaaaa betul tu.. Ada passenger yg baru ja take off terus minta pergi landing...hihihi..

Kalau kawan2 mau try, pastikan booking dulu ya.. Jangan direct ke site, manatau time tu kami cuti ka..atau ada urusan d KK..

So sepa mau ble kal/sms/whatsapp sya Evelina (0105347375)..

Nah sedikit gambar2 paragliding..


Monday, September 29, 2014

Bell's Palsy semakin baik

Bell's Palsy telah banyak mengubah kehidupan saya.. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana terpilih untuk mengalaminya dan berjaya mengatasinya. Berkat doa dan usaha.

Setiap org mempunyai imun badan yang berbeza2 dan saya bersyukur kerana dlm 2 bulan saya suda sembuh walaupun tidak 100%. Tetapi sekarang kalau kawan2 yg tidak pernah tahu saya pernah mengidap Bell's Palsy, mereka tidak akan perasaan pun. 

Ramai yg mau tahu mcm mana saya ble sembuh dgn cepat kan.. Paling penting adalah makan ubat ikut masa dan mesti rajin buat urutan muka.. Ingat..misti minum dan makan pada bahagian yg lemah ya..

Saya juga adalah testimoni produk Shaklee utk Bell's Palsy ini. Menurut pakar yang merawat saya dan juga bacaan dari internet, Bell's Palsy disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah disebabkan stress yang keterlaluan, kekurangan vit B dlm badan atau pun disebabkan oleh jangkitan virus. Oleh sebab itu, di samping mengambil ubat hospital, sya juga mengambl suplemen Shaklee iaitu B-complex dan OsteMatrix.. 

Kenapa B-compleks? Sebab saraf kita memerlukan vit B untuk berfungsi dgn baik seperti dlm penerangan di bawah.

Kenapa OsteMatrix? Bila kita makan steroid yang hospital bagi, trust me bila makan steriod badan rasa segar dan mata pun tidak mo tertidur.. sebab steriod adalah sejenis dadah yang bertindak sebagai tahan sakit dan side effect dia, badan kita akan sentiasa segar. Steroid mesti ambil setiap hari. Jangan skip sebab kalau tidak atau terlupa ambil, macam mau pengsan menahan sakit tu saraf dan sakit kepala. Kalau inda percaya, time kena bell's palsy tu, try inda ambl steriod dalam masa sehari..So Oste ni bertindak sebagai penenang saraf kita dan agar kita dpt lelapkan mata pada waktu malam. So cadangan saya, ambl steroid pada waktu pagi dan Oste pada sebelum tidur.

Kenapa Vivix? Sebab vivix adalah anti oksida yg kuat.. penerangan terperinci seperti di bawah ya.

Dgn amalan suplemen, ubat hospital dan doa...kini saya semakin sihat dan kesan Bell's Palsy itu semakin hilang. Sehingga kini sya masih amalkan b-compleks dan ostematrix. Kerana bila seseorang itu pernah mengidap Bell's Palsy, kita mempunyai risiko yg tinggi untuk ia datang semula samada pada bahagian muka yg sama atau pada muka yg tidak terkena sebelum ini.

So bila sakit datang semula, saya akan ambil semula 2 biji b-compleks dan 4 biji Oste utk beberapa hari. Apabila sakit tu suda hilang saya akan ambil dosage biasa iaitu 1 biji b-compleks setiap hari.

Berikut adalah info lengkap mengenai suplemen Bell's Palsy:

1. Vivix 
~ melindungi dan membaiki selular DNA
~ mengandungi Purple Carrot yang bertindak sebagai anti-oksida, anti-radang dan anti-mikrobial
~ mengandungi Elderberry yang bertindak sebagai anti oksida yg kuat utk mengukuhkan imun badan melawan virus dan bakteria

2. B-Compleks
~ mengandungi kesemua vit b yang diperlukan badan
~ melancarkan peredaran darah dgn mengawal darah tersumbat di dlm saraf yang menjadi puncah kepada sakit saraf
~ memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomia
~ B5 meredakan tekanan, kesa  penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, athritis, meredkan kesan sampingan akibat antibiotik dan mencegah jangkitan
~ B12 diperlukan dlm tindak balas saraf

3. OsteMatrix
~ mengandungi kalsium yang penting utk sistem saraf
~ memperbaiki kekejangan dan kebas2
~ meringankan stress, memelihar impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yg selesa,
~ memperbaiki depresi/mood swing/sakit kepala/pitam


20/6/2014 - Hari Ke4 Bell's Palsy

18/7/2014 - Selepas sebulan Bell's Palsy

Oktober 2014

Saya doakan agar semua pengidap Bell's Palsy di luar sana akan cepat sembuh seperti saya. Jangan putus asa.. Doa dan berusaha ya


Avilla Evelina
Call/Whatsapp: +60105347375
Email: bbroyalty@gmail.com

COD: Tuaran, Tamparuli, Menggatal, Inanam, Kota Kinabalu, Penampang
Penghantaran menggunakan Pos Malaysia ke seluruh Malaysia atau luar negara

First Week With Bell's Palsy: The Do's and Don't

Minggu pertama memang rasa down dan sakit.. Sebabnya kita malu dan berfikir macam mana kalau saya inda pandai sembuh. Macam mana kalau muka saya kekal seperti ini.. Macam-macam bermain di fikiran. Tapi jangan risau, mesti bina keyakinan diri tu. Jangan malu sebab kita harus yakin bahawa kita pasti boleh sembuh .Teruskan makan ubat yang hospital bagi dan banyakkan berehat..Klinik pakar akan cadang buat fisioterapi...mesti pigi ya..

Minggu pertama adalah sangat kritikal.. Kalau kamu baca entri ini sewaktu masih berada di minggu pertama Bell's Palsy..gunakan info2 ni dan pasti akan cepat sembuh.. Kalau baru ja jumpa entri ni pun teda masalah.. ikut ja ya.. Dan banyakkan berdoa serta makan ubat.

First sekali adalah  DONT

  1. Jangan tidur pada bahagian muka yang lemah.. Kalau bahagian yang kena adalah kanan,, jadi perlu tidur mengiring ke kiri atau sebaliknya ya
  2. Bila basuh muka atau mandi, jangan gosok atau lap ke bawah.. Harus sentiasa lap atau basuh muka ke arah atas. Maksudnya macam urut muka tetapi mesti ke atas. Mesti lebih berhati-hati time mandi. Saya pada awalnya terlupa mata inda pandai tutup..sekali time mandi sabun masuk p mata..sakit n pedih..kesian..so hati2 ya.
  3. Jangan terlalu terdedah pada angin dan matahari kerana boleh menyebabkan jangkitan pada mata atau kerosakan pada mata
  4. Kalau boleh jangan minum atau makan apa2 yang berasaskan susu.

Second adalah  DO

  1. Bila rasa sakit.. tekap guna tuala yg suam2..Jangan pula letak yg panas..nanti melecur muka..
  2. Mula kunyah gula2 getah di bahagian muka yang lemah
  3. Kunyah makanan pada bahagian muka yang lemah.. Geng mmg susah mau makan..tapi kena makan juga di bahagian yg lemah supaya itu otot2 tetap bekerja... Kadang sedih sebab makanan macam mo terkeluar dari mulut.. apatah lagi kalau minun air..So chiayo2 ah.. 
  4. Mula minum guna straw di bahagian yang lemah..
  5. Bila keluar rumah sekurang-kurangnya mesti pakai spek hitam sebaba otot mata tidak begitu berfungsi jaid bila cahaya terik sepatutnya mata kita pandai mengecil sendiri..Tapi sekarang otot mata tia dapat berfungsi dengan baik so kalau boleh elakkan berpanas dan berada di tempat yang berangin. Sebab semua ni boleh menyebabkan infection pada mata nanti. (Doktor pakar sendiri yang cakap tau).
  6. Buat exercise muka.. Kalau mau sembuh cepat mesti rajin buat urutan muka ya..(Nti sya terangkan bagaimana exercise muka ya)
  7.  Minum banyak air sekurang-kurangnya 3liter sehari. Ini untuk memastikan badan kita dapat serap ubat atau vitamin yang kita makan pada tahap maksimum.
  8. Ambil multivitamin B-Compleks
  9. Kalau mata suda tidak pandai tutup sendiri, bila tidur pastikan tutup guna kain atau tuala. Bila bangun pagi2 memang akan nampak kabur2 sebab mata tidak tutup habis time tidur dan terkena angin.. So its ok. Titiskan ubat mata yg dikhaskan utk melembabkan mata ya. Melainkan ia berpanjangan selama satu hari..cepat2 jumpa doktor. 
  10. Mesti tolong mata kita dgn menutup menggunakan tangan sekerap yang boleh.



Untuk Urutan muka ikut cara ni ah.. Syukur ada kawan di fisio, jadi pada awal minggu pertama lagi..memang saya amalkan suda


  1. Angkat kening selama 10 saat, rehat 10 saat. Ulang sebanyak 10 kali
  2. Kerut dahi. Urutan sama seperti di atas ya.
  3. Tutup mata rapat2.
  4. Buka mata luas2
  5. Kerut hidung
  6. Buat muka sedih (bibir ke bawah)
  7. Senyum tanpa keluar gigi.
  8. Senyum keluar gigi (ketip gigi ya)
  9. Buka mulut luas2
  10. Buat mulut seperti bersiul


Minggu pertama, walaupun suda makan steroid sakit tu memang bertambah2 sakit dan memang rasa sengsara. Jangan putus harapan, banyakkan berehat, makan ubat ikut jadual dan teruskan berusaha.. Jangan malu sebab kamu tidak berseorangan. Percayalah bahawa kamu juga boleh sembuh seperti saya.


Selamat berusaha, tabahkan hati dan banyakkan berdoa.. Amin..


Avilla Evelina
Call/Whataspp: +60105347375
email:bbroyalty@gmail.com

COD: Tuaran, Tamparuli, Menggatal, Inanam, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang



Bell's Palsy and Me

Hi geng...pasti kamurang google2 trus terjumpa blog sya pasal Bell's Palsy ni kan.. Dan sya tahu kamu mau segala info yg perlu tentang Bell's Palsy.. Orait..cerita "Bell's Palsy na Me' ini akan menjadi satu info entri yg bermakna sebab ini adalah pengalaman sya sendiri.. Sya tahu apa yg kamu alami..sb sya pun sanggup smpai tgh mlm cari dan google apa2 info yg penting ttg Bell's Palsy. So kiranya...entri sia ni adalah hasil carian sya la kunun.. Selamat Membaca..


FIRST

Bila hospital suda diagnos kamu kena Bell's Palsy..first thing kamu kena buat adalah bersyukur kerana ujian yg kita hadapi ni.. Sebab bukan semua orang diuji seperti ini. So kita kena bersyukur dulu... Mcm kata pepatah..Bersyukur pada waktu susah dan bersyukur pada waktu senang. So bersyukur dulu ok..

So mula2 sya crita dulu apa simptom2 yang sya alami sebelum kena ni Bell's Palsy.

Sya bermula dgn sakit kepala.. Sakit mcm migrain.. Memandangkan sya ni slalu jg kena migrain jadi sya tidak la risau sgt.. Tp sakit yg kononnya sya sangka migrain tu bermula dgn rasa mcm kena cucuk2 di atas kepala..
Esok harinya (Sabtu), sakit migrain tu tia pandai hilang.. Skg mula la rasa mencucuk2 di bahagian belakang kepala pula.. Seperti migrain, sakit kepala tu hanya sebahagian sahaja... mcm sia...sebelah kanan ja yg sakit.. So kerja sia..tidurrrr..ja... Sya slalu klu kena migrain mmg tidur ja sb mmg tia mo ambil painkiller.. Sampai Ahad..sampai Isnin masi juga sakit kepala.

On Monday, waktu lunch dgn hubby sya rasa sudu tu mcm besar sgt...sya pun cakap la yg sudu tu besar.. then lepas lunch tiba2 hubby ckp muka sya nampak lain.. herot sebelah kanan... So sebab waktu tu takut strok ka..atau apa2..hubby cepat2 bw pg klinik..then smpai klinik doc suruh pegi emergency.. takut manatau strok.. 

Sampai ER mcm2 ujian kena buat.. x-ray, ujian darah..bla..bla..bla.. Apa pun sia puji staf ER Queen Elizabeth 2 di Damai.. Mmg professional and muka pun ringan.. Nurse dia pun btl2 mengambil berat waktu tu...

So Klu ada simptom2 ada mcm tu cepat2 pg ER ya.. klu muka herot ja trus p ER..



SECOND

Ok skg sia pasti yg ER bg steroid  anti-viral, ubat gastrik dan ubat nerve kan. so makan ikut jadual di bawah. Dan mesti makan ubat gastrik yg dibagi sebab steroid tu kuat..takut nti Bell's Palsy suda baik tapi gastrik pla menyerang.. Palis-Palis


                                 STEROID : Jgn beli d farmasi atau klinik tanpa pengesahan dr doktor ya



                                                                Ubat elak gastrik


                                                                Ubat utk saraf



                                                                  Ubat anti Viral

INGAT!! Bila ditulis 3 hari sekali bukan bermakna..pagi, petang dan malam.. Tetapi ia adalah setiap 8jam.. so ikut jadual dan makan sampai habis.. Steroid jgn skip.. Walaupun suda makan steroid pun masi terasa sakit apatah lagi kalau tidak makan...remember JANGAN SKIP STEROID..




Ok cukup untuk entri ni.. kejap lagi sya tulis tentang First Week With Bell's Palsy: The Do's and Don't


Avilla Evelina 
Call/Whatsapp: +60105347375
Emai: bbroyalty@gmail.com

COD: Tuaran, Tamparuli, Menggatal, Inanam, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang