Monday, September 29, 2014

First Week With Bell's Palsy: The Do's and Don't

Minggu pertama memang rasa down dan sakit.. Sebabnya kita malu dan berfikir macam mana kalau saya inda pandai sembuh. Macam mana kalau muka saya kekal seperti ini.. Macam-macam bermain di fikiran. Tapi jangan risau, mesti bina keyakinan diri tu. Jangan malu sebab kita harus yakin bahawa kita pasti boleh sembuh .Teruskan makan ubat yang hospital bagi dan banyakkan berehat..Klinik pakar akan cadang buat fisioterapi...mesti pigi ya..

Minggu pertama adalah sangat kritikal.. Kalau kamu baca entri ini sewaktu masih berada di minggu pertama Bell's Palsy..gunakan info2 ni dan pasti akan cepat sembuh.. Kalau baru ja jumpa entri ni pun teda masalah.. ikut ja ya.. Dan banyakkan berdoa serta makan ubat.

First sekali adalah  DONT

  1. Jangan tidur pada bahagian muka yang lemah.. Kalau bahagian yang kena adalah kanan,, jadi perlu tidur mengiring ke kiri atau sebaliknya ya
  2. Bila basuh muka atau mandi, jangan gosok atau lap ke bawah.. Harus sentiasa lap atau basuh muka ke arah atas. Maksudnya macam urut muka tetapi mesti ke atas. Mesti lebih berhati-hati time mandi. Saya pada awalnya terlupa mata inda pandai tutup..sekali time mandi sabun masuk p mata..sakit n pedih..kesian..so hati2 ya.
  3. Jangan terlalu terdedah pada angin dan matahari kerana boleh menyebabkan jangkitan pada mata atau kerosakan pada mata
  4. Kalau boleh jangan minum atau makan apa2 yang berasaskan susu.

Second adalah  DO

  1. Bila rasa sakit.. tekap guna tuala yg suam2..Jangan pula letak yg panas..nanti melecur muka..
  2. Mula kunyah gula2 getah di bahagian muka yang lemah
  3. Kunyah makanan pada bahagian muka yang lemah.. Geng mmg susah mau makan..tapi kena makan juga di bahagian yg lemah supaya itu otot2 tetap bekerja... Kadang sedih sebab makanan macam mo terkeluar dari mulut.. apatah lagi kalau minun air..So chiayo2 ah.. 
  4. Mula minum guna straw di bahagian yang lemah..
  5. Bila keluar rumah sekurang-kurangnya mesti pakai spek hitam sebaba otot mata tidak begitu berfungsi jaid bila cahaya terik sepatutnya mata kita pandai mengecil sendiri..Tapi sekarang otot mata tia dapat berfungsi dengan baik so kalau boleh elakkan berpanas dan berada di tempat yang berangin. Sebab semua ni boleh menyebabkan infection pada mata nanti. (Doktor pakar sendiri yang cakap tau).
  6. Buat exercise muka.. Kalau mau sembuh cepat mesti rajin buat urutan muka ya..(Nti sya terangkan bagaimana exercise muka ya)
  7.  Minum banyak air sekurang-kurangnya 3liter sehari. Ini untuk memastikan badan kita dapat serap ubat atau vitamin yang kita makan pada tahap maksimum.
  8. Ambil multivitamin B-Compleks
  9. Kalau mata suda tidak pandai tutup sendiri, bila tidur pastikan tutup guna kain atau tuala. Bila bangun pagi2 memang akan nampak kabur2 sebab mata tidak tutup habis time tidur dan terkena angin.. So its ok. Titiskan ubat mata yg dikhaskan utk melembabkan mata ya. Melainkan ia berpanjangan selama satu hari..cepat2 jumpa doktor. 
  10. Mesti tolong mata kita dgn menutup menggunakan tangan sekerap yang boleh.



Untuk Urutan muka ikut cara ni ah.. Syukur ada kawan di fisio, jadi pada awal minggu pertama lagi..memang saya amalkan suda


  1. Angkat kening selama 10 saat, rehat 10 saat. Ulang sebanyak 10 kali
  2. Kerut dahi. Urutan sama seperti di atas ya.
  3. Tutup mata rapat2.
  4. Buka mata luas2
  5. Kerut hidung
  6. Buat muka sedih (bibir ke bawah)
  7. Senyum tanpa keluar gigi.
  8. Senyum keluar gigi (ketip gigi ya)
  9. Buka mulut luas2
  10. Buat mulut seperti bersiul


Minggu pertama, walaupun suda makan steroid sakit tu memang bertambah2 sakit dan memang rasa sengsara. Jangan putus harapan, banyakkan berehat, makan ubat ikut jadual dan teruskan berusaha.. Jangan malu sebab kamu tidak berseorangan. Percayalah bahawa kamu juga boleh sembuh seperti saya.


Selamat berusaha, tabahkan hati dan banyakkan berdoa.. Amin..


Avilla Evelina
Call/Whataspp: +60105347375
email:bbroyalty@gmail.com

COD: Tuaran, Tamparuli, Menggatal, Inanam, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang



No comments:

Post a Comment