Monday, December 8, 2014

Petua Menghilangkan Gatal di Tekak


GATALNYA LEHER....

Tentu anda pernah mengalami gatal tekak kan... Waktu duduk sambil tengok tv , tidak pun batuk. Tapi bila waktu nak tidur, ha situ lah leher mula gatal. Pastu batuk tak henti-henti. Sampai tidur pun tak lena.

Orait bila anda mengalami keadaan ini, jangan paksa untuk batuk kerana ia boleh menyebabkan luka pada tekak kita ok. Cukup sekadar berdehem untuk menghilangkan rasa gatal tersebut.

Petua yang bakal saya kongsikan ini adalah petua yang diturunkan dari ibu saya. Sejak kecil lagi apabila mengalami gatal tekak a.k.a leher, ini lah yang selalu saya amalkan.

Langkah Pertama
Minum setengah gelas air suam

Langkah Kedua
Ambil segelas air suam, campurkan dengan 2 sudu garam. Gaul hingga sebati. Kemudiam kumur-kumur pada mulut. Ulang sehingga air garam tersebut habis.


Langkah Ketiga
Minum air suam setengah gelas

SELESAI

ataupun

Ambil segelas air suam dan campurkan satu sudu madu asli. Kemudian minum sampai habis.
 Pastikan betul-betul asli ya. Kerana tekak akan semakin gatal sekiranya wujud kehadiran gula pada madu tersebut.


Selamat mencuba dan semoga berjaya.


Salam Ceria,
Evelina Avilla



1 comment:

  1. Thanks..petua yg berguna sbb skrg sya tgah gatal tekak..geram jga bila time2dpn org ramai tekak pulak wat hal..

    ReplyDelete