Friday, December 19, 2014

Sukses dan Hala Tuju Impian

Sukses...
Apa yang dimaksudkan dengan sukses?
Pada waktu kita masih belajar, bila dapat keputusan yang baik suda dikira sukses. Bila berada di universiti, mencapai pointer bagus suda dikira sukses.
Dapat kerja juga kira sukses.
Bila dah berkahwin juga dikira sukses.
Dapat anak dan keluarga bahagia juga dikira sukses.

Sebenarnya takrif sukses itu berubah mengikut peredaran dan kematangan kita. Pengalaman yang luas akan memberikan takrif sukses dalam konteks yang lebih luas.

Takrif sukses itu juga berbeza-beza mengikut individu. Mungkin bagi individu A, apabila dia bekerja, bergaji RM4000, mempunyai keluarga yang sihat ~ dia suda mencapai sukses yang diimpikannya.

Mungkin bagi Individu B pula, mempunyai bisnes sendiri, mencapai status jutawan ataupun mutli-jutawan, mempunyai banglo lengkap dengan kolam renang ~ baru lah dia mencapai tahap sukses.

Apa yang ingin saya pin point di sini adalah kita punya tahap sukses yang berbeza, kita punya impian yang berbeza. Walauapapun yang anda lakukan dalan menyara kehidupan seharian, jangan terikut-ikut dengan impian orang lain.

Orang mengimpikan berkereta mercedes, anda pun inginkan mercedes sedangkan anda tidak mempunyai minat terhadap mercedes.

Akibatnya, bila anda menghadapi cabaran dalam mencapai sukses dan impian anda, anda akan berpatah arang dan give up di tengah jalan.

Oleh itu, hari ini, saat ini carilah maksud sukses di dalam diri anda dan tanya pada diri anda apa yang anda benar-benar impikan dalam hidup anda.

Jangan tanya dengan suami atau isteri atau anak-anak atau ibubapa kerena mereka tidak akan punya jawapan untuk impian anda  Jawapannya ada pada anda.

Salam sukses dan salam ceria
Evelina Avilla

No comments:

Post a Comment