Saturday, December 6, 2014

Darah Tinggi + Kencing Manis ~ Silent Killer

Terima kasih kepada kawan-kawan yang setia membaca blog kesihatan saya yang tidak seberapa ini. Semoga info-info yang ada di sini bermanfaat buat sahabat sekalian.

Hari ni ternampak post seorang sahabat di facebook mengenai ibunya yang dimasukkan ke hospital. Menurut sahabat tersebut, ibunya mengidap darah tinggi dan kencing manis.

Tiba-tiba saya teringat daddy saya beberapa tahun lepas apabila mengalami minor strok. Mujur strok hanya menyerang saraf mata. Tubuh badan yang lain masih lagi dalam keadaan yang baik.

Selama hampir lebih seminggu daddy saya di hospital, saya dan abang saya serta ibu saya bergilir-gilir menjaga daddy saya. Keadaan yang menyedihkan apabila dad menyatakan macam-macam perkara yang ingin dia lakukan sekiranya dia kembali pulih. Sedih memang sedih.


Sepanjang masa tersebut, saya beberapa kali berjumpa dengan doktor yang merawat daddy. Memohon penjelasan, penerangan dan langkah-langkah yang harus dilakukan apabila dad keluar hospital nanti. Terima kasih kepada doktor tersebut kerana banyak memberi info-info yang berguna.

Antara perkataan yang saya tidak akan pernah lupa yang doktor tu katakan adalah:


"Darah Tinggi dan Kencing Manis adalah sangat berkawan baik antara satu sama lain"
"Kalau ada darah tinggi selalu akan ada kencing manis a.k.a diabetis"
"Darah Tinggi dan Kencing Manis adalah SILENT KILLER"


Kenapa terjadinya darah tinggi dan strok? Kerana lemak yang terlalu banyak pada saluran darah.
Bagaimana lemak boleh berada pada salur darah? Disebabkan kolesterol jahat yang banyak. Baca sini untuk info lanjut


Punca kencing manis? Kandungan glukosa yang tinggi di dalam darah
Kenapa glukosa tinggi? Berpunca dari gaya pemakanan harian kita yang manis dan banyak makan nasi..



Sering kali kita mendengar perkataan S.T.R.O.K dan kita jadi takut namun tidak mahu membuat apa-apa langkah pencegahan. Sebenarnya kita mampu mencegahnya dan mampu mencegahnya daripada semakin teruk.

Saya berikan daddy saya beberapa suplemen dan syukur kini dia semakin sihat. Penglihatan juga semakin baik. Untuk makluman daddy saya kini berumur 64 tahun dan masih sihat dan cergas.. Syukur juga kepada Tuhan kerana menjaga kami sekeluarga.

Saya mohon kawan-kawan di luar sana. Tidak kira tua atau muda, kita semua harus mula mengambil suplemen. Bukan kerana saya berkata begini kerana saya jual suplemen dan mahukan keuntungan, tetapi saya gembira sekiranya sahabat dan keluarga anda semakin sihat setiap hari.

Dengan pencemaran alam yang semakin meruncing, gaya hidup yang tidak bersenam, pemakanan yang tidak terkawal, itu semua mengundang penyakit. Jangan kata, dulu orang tidak ambil suplemen dan mereka tetap sihat. Dulu ada makanan berminyak ka? Tiada bukan. Dulu wujud makanan tin yang diawet dan diproses? Tiada bukan. Dulu udara bersih ka? Semestinya bersih.


Kehidupan kita sekarang terlalu banyak makanan yang sedap dan dalam masa yang sama terlalu banyak bahan pengawet, bahan sintetik dan macam-macam lagi.

Sekiranya anda sayangkan diri anda dan keluarga anda, mulalah mengamalkan pengambilan suplemen. Kita mampu mengubahnya.



Untuk pengidap darah tinggi dan kencing manis di luar sana, jangan segan-segan hubungi saya untuk konsultasi percuma termasuk tabiat pemakanan yang terbaik dan suplemen yang terbaik.


Semoga anda sekeluarga sentiasa sihat dan ceria selalu

Salam sayang dari saya,
Evelina Avilla
010-5347375

No comments:

Post a Comment