Monday, November 24, 2014

Kolesterol 'jahat', kolesterol baik?


Ramai di kalangan kita yang mempunyai pandangan yang kurang tepat terhadap kolesterol. Ada yang memberikan pandangan bahawa hanya orang yang bersaiz besar mempunyai kolesterol.

Jangan silap. Kolesterol tidak mengira saiz badan. Ia tidak mengenal samada anda berbadan besar ataupun kecil. Jadi hari in jom belajar tentang kolesterol.



Kolesterol atau turut dikenali sebagai lipid merupakan sebahagian daripada struktur membran sel manusia dan juga haiwan. 80% sumber kolesterol dihasilkan oleh hati manakal 20% lagi diperolehi melalui sumber makanan seharian.


Hati mampu menghasilkan serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah dan juga mampu menyingkirkan kolesterol dardapa peredaran darah. Manakala kolesterol yang diperolehi daripada makanan boleh diperolehi daridapa daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ini dipanggil chylomicron.

Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati akan menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam darah untuk memastikan kandungan kolesterol adalah mencukupi setiap masa di dalam tubuh manusia dan haiwan.

Kolesterol tidak boleh larut ke dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dinamakan lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah akan bergabung dengan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) ataupun lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL dikenali sebagai kolesterol 'jahat' manakala kolesterol HDL dikenalai sebagai kolesterol 'baik'




Masalah kesihatan akan timbul apabila kandungan kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL di dalam badan. LDL akan menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri dan akan menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil sebagai plak kolesterol.

Jika ketebalan plak kolesterol ini semakin menebal pada dinding arteri ia akan mengakibatkan saluran arteri semakin sempit. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis.



Dalam kes serangan jantung, arteri koronari yang membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung menyempit disebabkan oleh atheroscleroses. Hal ini mengakibatkan ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen yang secukupnya kepada otot jantung. Akibat daripada kekurangan oksigen ke otot jantung, ia menyebabkan dada berasa sakit, dan ketulan darah di dalam arteri menyebabkan saluran tersebut tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung). Selain daripada serangan jantung, beberapa penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan banyak lagi berpunca daripada kandungan LDL yang tinggi di dalam darah.


Oleh sebab itu kolesterol HLD berperanan menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga berperanan untuk mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL. Tetapi gaya hidup kita dan tabiat pemakanan kita menyebabkan tubuh badan kita mengandungi lebih banyak kolesterol 'jahat' berbanding dengan kolesterol baik.


Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar kolesterol tinggi di dalam badan kita


Faktor yang menyebabkan kadar kolesterol tinggi di dalam badan kita terbahagi kepada dua:

Faktor yang tidak dapat dikawal:

a. Faktor keturunan
Sekiranya ibubapa anda mempunyai kadar kolesterol tinggi dalam darah, maka selalunya anak-anak turut mempunyai risiko untuk mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Adakalanya 6 kali ganda berbanding ibu bapa kita sendiri.

b. Faktor usia
Apabila menjangkau umur 20 tahun dan ke atas, kadar kolesterol cenderung untuk meningkat. Untuk lelaki, selepas berumur 50 tahun, kadar kolesterol berpotensi untuk meningkat dengan kadar yang lebih cepat. Untuk wanita pula, apabila mencapai menopous, kolesterol berpotensi untuk meningkat dengan kadar yang lebih pantas.


Faktor yang boleh dikawal:

a. Merokok
b. Obesiti
c. Kurang bersenam
d. Stress
e. Mengidap Diabetis melitus
f. Makan makanan yang mengandungi lemak tepu dan berminyak yang banyak seperti kuning telur, mentega, biskut dan sebagainya.
g. Minum kopi secara berlebihan



Tanda-tanda Anda mempunyai tahap Kolesterol yang Tinggi

1. Selalunya kita tidak akan tahu kita mengidap kolesterol tinggi sehingga la kita menjalani pemeriksaan perubatan. Adalah disarankan untuk menjalani medical check up sekurang-kurangnya 3-6 bulan sekali.

2. Terdapat tompok-tompok seperti jerawat sekitar mata.

Photo credit to photo owner

Sekiranya anda mendapati anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi adalah disarankan untuk ubah tabiat pemakanan anda, amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan amalkan pengambilan suplemen.

Untuk kekal sihat kita harus sentiasa memberi kesihatan yang terbaik untuk tubuh badan kita. Berikut adalah suplemen yang terbaik untuk mengawal kolesterol/darah tinggi.


Set Kawal Kolesterol/ Darah Tinggi

1. Lecithin
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), membantu kawal paras triglycerides.

2. Garlic Complex
Membantu mengurangkan kolestrol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan melambatkan proses penuaan.

Mencegah strok, DHA dan EPA membantu untuk melincirkan saluran darah, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan merendahkan kolestrol.

4. Phytocol-ST
Membantu menghalang penyerapan kolestrol dalam darah dan menurunkan paras LDL.


"Kesihatan tidak ternilai harganya. Tidak terbanding dengan wang ringgit, tidak juga terbanding dengan emas dan permata"
~ Milin Oleat

Hubungi saya untuk tempahan, konsultasi percuma dan bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
FB: Avilla Evelina
Call/Whatsapp: 010-5347375
Email: bbroyalty@gmail.com
COD: Tamparuli, Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang
Penghantaran menggunakan pos untuk seluruh Malaysia dan luar negara

No comments:

Post a Comment