Thursday, November 27, 2014

Ceritera Luna dan Zorro


Salam sejahtera dan salam sayang. Terima kasih banyak sebab sudi lawat blog saya ni. Saya harap rakan-rakan dapat manfaat dan informasi dari blog ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

Beberapa hari lepas saya ada bercerita mengenai Basic H Shaklee. Boleh klik entri tersebut di SINI. Dalam entri tersebut saya ada bercerita mengenai kucing-kucing saya. Jadi saya ingin menunaikan janji saya dengan memperkenalkan buah hati pengarang jantung saya..


Memperkenalkan 

Zorro The King of The House


Luna The Queen

Macam mana saya jumpa Luna & Zorro? Kesian....saya tinggal apartment. Masuk dua hari dah dengar anak kucing mengiau siang dan malam. Tapi tak terfikir nak ambil waktu tu sebab anak kucing ni dalam kotak depan rumah jiran di tingkat bawah. Mula fikir jiran tu yang punya. Bila masuk hari kedua, rasa kesian pula. Sebab bila anak kucing tu mengiau, boleh dengar sampai tingkat atas. Atas sebab kesian, sia pun turun dan ketuk rumah jiran tu. Saya tanya samada kucing tu milik mereka ataupun tidak. Kata jiran tu, bukan kucing mereka, tapi kucing tu selalu datang depan rumah. 

So mereka pun bagi makan. Sampai lah mommy kucing tu beranak depan rumah. Jiran tu bagi masuk dalam kotak. Dan jiran tu cakap dah beberapa hari mommy kucing tu tak datang. Mungkin dah mati kot.. 

Sia pun tanya la samada mereka nak ke tak anak-anak kucing tu. Jiran tu cakap tak nak sebab dia pun tengah tunggu hari nak bersalin. Nanti takda pula orang nak jaga. Oleh itu, saya pun ambil dah anak-anak kucing tu.

Waktu tu ada 3 ekor semuanya~ Zorro, Luna dan Simone. Tapi kesian Simone, kena virus. Mungkin sebab tak cukup antibodi sebab tak cukup susu ibu. Simone bertahan dalam 3 minggu ja. Terus tiba-tiba sakit. Tak mau minum susu.

Mula saya ingat mungkin memang Simone ni tak kuat menyusu. Sebab kalau bagi Zorro susu guna puting susu, satu botol tu pun dia boleh habiskan... Kuat menyusu.

Bila dapat tahu Simone dah sakit, saya drive ke Jabatan Veterinar di Kepayan. Driving sambil letak Simone atas paha supaya dia rasa panas, sambil air mata mengalir keluar. Sedih sangat. Sampai ja sana, bagi tengok entah doktor atau tidak. Boleh-boleh doktor tu cakap mungkin Simone ni inda cukup makan.. Tiada buat apa-apa pun. Saya memang tidak puas hati waktu tu.

Saya google klinik haiwan terdekat. Dapat cari Sabah Animal Medical Centre (SAMC) tapi dalam blog tu cakap SAMC agak mahal. So last-last jumpa Klinik Veterinar Dr Hardy di King Fisher. Cepat-cepat pegi sana. Waktu tu Simone macam 50-50 dah. So dr tu cakap kena virus. So Simone kena suntik vitamin dan ntah apa tu,,lupa suda. Waktu tu Luna dan Zorro terus suntik vaksin.

Sampai rumah, saya sentiasa di sisi Simone.. Saya letak botol mineal berisi air panas sebab nak bagi badan Simone tu sentiasa panas. Then sebelah malam, Simone kira dah ok..Boleh jalan, boleh minum susu. Gembira la sikit. 

So malam tu saya tidur di bilik dan anak-anak kucing semua d ruang tamu. Bila saya bangun esok subuh, nampak Simone terlantar atas lantai. Masih lagi bernafas. Saya peluk Simone bagi panas badan dia sambil nangis teresak-esak. Bagi minum vitamin, dia muntahkan. Dan akhirnya Simone pergi dipangkuan saya.. Sedih sangat..dan rasa menyesal sangat tidak bawa Simone tidur dengan saya di bilik,.

Tapi apa pun, perkara dah jadi. Sejak dari tu saja berjanji untuk buat yang terbaik untuk Luna dan Zorro. Mommy always love you Simone...always...

Ok...sudah..sudah.,.kesat air mata tu. Kata sayang kucing kan, so kena bagi yang terbaik. Bagi makan makanan premium sahaja. Dan harus sentiasa menjaga persekitaran rumah. Yang paling utama harus mop rumah sekerap yang boleh. Saya mop lantai setiap 2 kali sehari dengan Basic H untuk memastikan rumah bersih dari kuman dan kotoran.



Zorro sekarang da berumur 2 tahun 3 bulan. Berat 7.2kg. Kalau tanya baka apa, saya pun tak tau sebab stray cat. Tapi badan zorro memang besar.


Me and Zorro. Macam baby ja zorro ni



Ha ni Ekky. Bukan anak Zorro tau. Ni anak Luna dan Ting-ting. Ting-ting telah membuntingkan Luna waktu bawa memeow2 ni balik kampung.


Ekky ni sangat manja. Terutamanya dengan Zorro. Kalau saya bawa Ekky masuk bilik dan Zorro tidak. Memang inda berenti mengiau Zorro di depan pintu sampailah Ekky keluar.


Ekky "Sayang daddy Zorro" walaupun bapa tiri...


Ekky "Sayang mummy Luna"




Luna, Ekky dan Zorro.
Ekky ni ada 5 beradik. Tapi yang lain bagi dengan kawan-kawan. 
So tinggallah memeow2 ni bertiga


Ha tengok tu king of the house.. Betul-betul macam king


Yang ni Foxxy, bulu dia memang putih dan lebat. Anak Luna siri ke-2. Yang ni memang sah bapanya adalah Zorro. Dah bagi kawan dah Foxxy ni..



So selesai sesi memperkenalkan kucing-kucing saya. Sekarang ni ada 8 ekor kucing di rumah. Luna beranak lagi siri ke-3. Lima ekor semuanya tapi seekor mati sebab jatuh dari tingkat atas.

Antara impian saya, saya nak bina satu cat animal shelter menjelang 2020. Kesian tengok banyak stray cat. Nak pungut, rumah sekarang pun dah penuh dengan kucing. 

Doakan saya berjaya dalam bisnes Shaklee, agar hajat untuk membina cat animal shelter saya pada 2020 berjaya. Dan saya percaya dengan Shaklee, berkat doa dan usaha, saya pasti berjaya.

Anda juga boleh berjaya dengan Shaklee.

From Sabah with Love,
Evelina Avilla
010-5347375

3 comments:

  1. Semoga impian Evelina untuk bina rumah shelter untuk kucing tercapai. Thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Yati.. Iya mahu sangat buat animal shelter. Sedih bila nampak banyak kucing liar yg dah kurus tapi hanya mampu bagi mkn sahaja.

      Nak ambl tak boleh, sb kat rumah pun dah 8 ekor... Sekali lagi thanks a lot Yati..

      Delete