Wednesday, November 26, 2014

Sakit Lutut? Sakit Tulang?

Sakit lutut? Sakit tulang? Kita semua pernah mengalaminya. Hal ini disebabkan oleh penyusutan tulang sejajar dengan peningkatan umur kita. Adakalanya sakit sendi dan tulang ini mencapai tahap yang lebih serius apabila sendi-sendi mengalami keradangan. Keradangan ini turut dikenali sebagai arthritis.

Sendi terasa sakit apabila disentuh, mungkin menjadi kemerah-merahan, membengkak dan boleh mengakibatkan sendi tersebut kehilangan fungsinya.

Jangan membuat tanggapan yang kurang tepat ya. Tidak semua sakit sendi itu merupakan gout. Gout merupakan penyakit yang lain tetapi turut berkaitan dengan sendi.



Jenis-Jenis Arthritis

Osteoarthritis (OA)

Osteoarthritis pada tangan
Osteoarthritis pada lutut
Osteoarthritis pada pengelangan tangan


Ostheoarthritis merupakan kesakitan pada sendi lutut, pinggul, tulang belakang, kaki ataupun tangan. Ia melibatkan kerosakan dan kemerosotan tulang rawan (kartilaj) dan berlaku secara perlahan-lahan.

Punca utama masalah ini adalah disebabkan proses penuaan. Kadar mereka yang berusia 65 tahun ke atas untuk mendapat OA sendi lutut adalah 40%. Mereka yang berumur 40 tahun ke atas berpotensi untuk mengidap OA. Potensi OA menyerang individu lelaki dan wanita adalah hampir sama.

Antara gejala OA adalah:

  • Bengkak dan sakit pada sendi-sendi pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada hujung jari kaki ataupun tangan
  • Rasa tegang/kaku setelah berehat sebentar
  • Rasa berkeriut ketika bergerak
  • Gerak-geri terbatas.  
  • Sakit dicelah-celah sendi


 Rheumatoid arthritis (RA)

Imbasan RA pada tangan
Keadaan tangan yang mengalami RA



Peringkat-peringkat RA

Rheumatoid arthritis (RA) merupakan sejenis keradangan sendi yang terjadi ketika sistem kekebalan tubuh tidak bekerja dengan baik. RA adalah penyakit kronik yang bersifat progressif dan memusnahkan sendi dan tisu disekelilingnya. Hampir 135,000 rakyat Malaysia mengidap RA. Jika tidak dirawat dengan baik, ia bakal mengundang kecacatan.

RA boleh menyerang sesiapa sahaja dan selalunya dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. Wanita lebih berisiko untuk mengidap RA.

RA mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan gejala yang ketara. Gelaja yang sering dialami oleh pesakit RA adalah:

  • mengalami sendi sakit, bahang dan bengkak
  • mendapati simpton pada sendi secara bersimetri
  • kekerasan pada sendi
  • keradangan sendi seringkali terjadi pada pergelangan tangan dan sendi jari
  • terasa penat, lesu, demam tidak tentu pasal dan sentiasa berasa tidak sihat
  • mengalami sakit dan kaku berlanjutan lebih 30 minit pada waktu pagi atau selepas berehat agak lama
  • simptom berlanjutan lebih dari beberapa minggu


Rawatan Arthritis

Osteoarthritis (OA)

Pengidap OA selalunya diberikan suntikan viskosuplemen untuk menggantikan bendalir sendi yang rosak. Ia mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi sendi lutut. Cara menyuntik viskosuplemen adalah mudah iaitu mencuci bahagian yang ingin disuntik dengan bahan pembasmi kuman. Ia dimulakan dengan suntikan bius untuk mendatangkan rasa kebas. Kemudian cecair sendi lama yang mempunyai banyak kekotoran dibuang dan cecair baru iaitu asid hialuronik dimasukkan.

Suntikan dan ketahanan bergantung kepada peringat OA:
  • Peringkat Pertama - tiada tanda penyempitan pada ruang sendi lutut
  • Peringkat Kedua - terdapat sedikit perubahan pada ruang sendi. Ada kesan cebisan osteofit (susut tulang) pada persekitaran sendi lutut
  • Peringkat Ketiga - berlaku penyempitan pada ruang sendi lutut. Kehadiran osteofit dikesan berganda pada persekitaran sendi lutut.
  • Peringkat Keempat - berlaku penyempitan ruang sendi lutut yang ketara dengan tulang sendi bersentuhan. Kehadiran osteofit besar yang berganda dapat dikesan
Suntikan viskosuplemen pada sakit OA sendi lutut peringkat Pertama dan Kedua boleh bertahan sehingga 12 bulan.

Pada peringkat Ketiga - lapan hingga 10 bulan

Pada peringkat Keempat - enam bulan sekali

Selain daripada suntikan ini, pesakit juga boleh mengambil ubat berbentuk pil dan steroid untuk tahan sakit.
(Sumber: Harian Metro - 20/8/2011)



Rheumatoid arthritis (RA)

Rawatan RA lebih bersifat terapi dan bersenam.

Antara rawatan terapi yang diberikan adalah:
  • Terapi biologics seperti Infliximab, Etanercept, Adalimumab, Rituximab dan Tocilizumad selama setahun
  • Terapi bukan biologics seperti MTX, SAS, HCQ, Leflumomide, Cyclosporine dan Azathioprine. Rawatan ini dibuat seminggu sekali.
(Sumber: Berita Harian - 17/07/2011)



Pencegahan Arthritis dengan Shaklee

Melihat kepada penyakit arthritis, adalah lebih baik kita mencegah daripada mengubati. Berikut adalah produk Shaklee yang mampu memberi kesihatan sendi dan tulang yang optimum:

  • mengandungi ekstrak asid boswellik yang diekstrak dari Boswellia serrata yang mampu meningkatkan keselesaan sendi
  • Glukosamin yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan komponen struktur rawan dan cecair dalam tulang untuk membekalkan pelinciran.
  • Vitamin C, zink, kumprum dan mangan yang diperlukan untuk membina tisu penghubung yang sihat.
Ramuan khas ini dirumus khas secara klinikal untuk meningkatkat mobiliti, fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa yang panjang.


Memelihara fungsi sendi iaitu paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzimyang membentuk tisu rawan, Dapat mencegah arthritis dan gout dengan efektif.

Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi

  • menguatkan tulang dengan menghalang osteoperosis dan merawat tulang retak
  • memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • mengandungi magnesium dan kalsium yang sangat penting pada tubuh. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan dan membantu sistem saraf dan otot

Harga set ini hanyalah berharga RM321 tidak termasuk penghantaran. Adalah berbaloi melaburkan RM321 untuk pencegahan daripada harus mengeluarkan beribu ringgit untuk rawatan pemulihan. 

Saya doakan agar kita sentiasa sihat dan gembira selalu.


Untuk tempahan, konsultasi percuma dan ingin mengetahui bagaimana mendapatkan produk Shaklee pada harga diskaun, bolehlah hubungi saya.


FB: Avilla Evelina
Call/Whatsapp: 010-5347375
email; bbroyalty@gmail.com

COD: Tamparuli, Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang

Penghantaran menggunakan pos di seluruh Malaysia dan luar negara

No comments:

Post a Comment