Friday, November 21, 2014

I Fall In Love

Salam sayang dan salam ceria sahabat sekalian.

Ramai kawan di luar bertanya kepada saya kenapa memilih Shaklee. Di luar sana banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan. Boleh dikatakan seperti cendawan tumbuh.. Tapi saya tetap memilih Shaklee. Ceritanya bermula di sini..

Saya mempunyai alergik terhadap ayam dan telur. Asal makan saja mesti tangan dan kaki gatal-gatal.. Dulu bila nak salam orang, saya memang cuba mengelak sebab malu. Apa tidaknya tangan saya luka-luka akibat digaru..

Yalah kan.. ayam dan telur kan merupakan makanan yang paling selalu kita jumpa. Dalam mee goreng, dalam nasi goreng, dalam lauk-pauk dan sebagainya. Disebabkan oleh itu saya memang tidak berpantang.. Ayam ka, telur ka, semua saya bedal.. Ha tapi bila malam mula lah menggaru2..
Bayangkanlah KFC depan  mata, orang belanja lagi tu...manalah dapat tahan nafsu makan tu..hahahaha..

Ok..chup..sambung cerita pasal Shaklee. So saya pun try la produk Shaklee. Waktu tu ambil Alfafa, SR Vit c, Lecithin dan herbal blend.

Saya pun makan sebulan...dua bulan..Hmm tak nampak pun perubahan.. Saya waktu tu macam tak percaya sangat dah. Sebab tak nampak perubahan. Mula lah macam malas-malas nak consume. Tapi hubby cakap teruskan ja..so saya pun teruskan lah juga..

Masuk bulan ke-4, baru nampak perubahan. Bila makan ayam dan telur dah tak segatal yang dulu lagi. Tangan pun tidak lagi merah-merah dan luka-luka. Sampai sekarang masih juga consume Alfafa, SR Vit C dan Lecithin. Syukur.. Minta maaf sangat sebab gambar tiada.. Sebab waktu tu inda terfikir pun mau ambil gambar..hihi

Lepas dari tu, memandangkan slalu order Shaklee, saya pun join member. Waktu tu hanya fikir sebab nak dapatkan harga member. 20% lebih murah berbanding harga bukan member tau.. Banyak tu..
Salah satu lagi sebab kenapa saya percayakan shaklee kerana produk-produknya yang berasaskan bahan-bahan semulajadi. Even cover kapsul pun dari bahan semulajadi tau. Kita mau sihat dari dalam dan luar.. Tak mau pula cantik di luar tapi badan penuh dengan bahan kimia dan toksik kan 


Sekarang bila hampir setahun kenal Shaklee, rupanya Shaklee boleh dijadikan platform untuk mencapai financial freedom dalam hidup. Ya lah kalau nak harap makan gaji, sampai bila-bila pun tak pandai habis hutang tu.. Loan kereta 9 tahun. Loan rumah 30. Loan ptptn 20 tahun.. Woooo..tu kiranya berhutang sampai mati ooo.. Tak mau saya.. palis-palis.

Kalau boleh sebelum umur 40 tahun mesti dah capai financial freedom. Kalau lagi awal lagi bagus. Dan saya percaya dengan pelan pemasaran Shaklee, berkat doa dan usaha pasti boleh berjaya dengan Shaklee. Apatah lagi secara tidak sengaja saya berada dalam susur galur jutawan.

Siapa tak bangga kan dapat berada dalam susur galur jutawan. Group ni merupakan group yang paling banyak menghasilkan juwatan dari pelbagai latar belakang. Ada yang kerja biasa-biasa, ada suri rumah dan ada juga yang berkerjaya seperti bekerja dengan Petronas, peguam dan sebagainya. Sedangkan mereka yang bergaji tinggi pun masih mencari dan buat bisnes sampingan apatah lagi kita yang hanya bergaji di bawah RM5,000.. kan..kan..kan

Sebab mereka pun mau financial freedom dan yang paling kita mahu adalah ada masa bersama anak-anak. Tengok anak-anak membesar, dan besarkan anak-anak sendiri. Tapi disebabkan kekangan kerja terpaksa hantar anak ke taska lah, tempat ibu ataupun tempat mentua. Itu menjadikan kita bukan orang pertama yang nampak anak kita belajar merangkak, berjalan.. dan sebagainya.. Tak sedih kah? Tak rasa bersalah pada anak?

Jadi sekarang adalah masa untuk kita berubah. Di Malaysia sesiapa yang bergaji RM3600 dikategorikan sebagai penduduk termiskin di Malaysia. Saya sendiri tergolong dalam golongan ni. Sedih sendiri tapi belum terlambat untuk berubah.

Dapat  bersama dalam group jutawan memang sangat bahagia. Sebab tiada seorang pun yang dibiarkan tanpa bimbingan. Dari hal mengenai nutrisi sehingga lah pembangunan kendiri. Syukur sangat dapat berapa dalam group ni...

Kawan-kawan di luar sana, jangan fikir lama-lama, jangan fikir panjang-panjang. Buat keputusan pada hari ni.. untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. Peluang akan datang pada saat kita tidak bersedia.

Saya doakan semoga kita semua sentiasa sukses dan gembira. Salam sayang..

From Sabah with a lot of LoVe,
Evelina Avilla

2 comments: