Monday, November 24, 2014

Kuasa Air



Lebih kurang 70% daripada tubuh manusia merupakan cecair. Sumber cecair dalam badan adalah air minum yang kita minum setiap hari. Menurut pakar, badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari. Mengikut jisim badan kita. Maksudnya semakin besar badan kita,semakin banyak air yang diperlukan oleh badan kita setiap hari. Oleh itu semakin banyak air yang kita perlu minum.



MANA LEBIH BAIK UNTUK ANDA?

Minum air kosong banyak, ulang alik ke Tandas
VS
Minum air manis banyak, ulang alik ke Hospital





Jom belajar petua untuk cukupkan air di dalam badan kita

Segelas air bersaiz biasa, selalunya bersaiz 180-200ml. Sekiranya kita ingin mencukupkan 3 liter sehari, kita hanya perlu minum sekitar 15-20 gelas air sehari.. Jangan risau, senang ja nak capai 15 gelas air sehari tu..


Petua Pengambilan air sehari
  • Bangun pagi: 1 gelas
  • Sampai pejabat : 1 gelas
  • Tea break jam 10: 2 gelas
  • 30 minit sebelum makan tenghari : 1 gelas
  • 30 minit selepas makan tengahari: 2 gelas
  • Sewaktu di pejabat 2-5pm : 2-3 gelas
  • Selepas sampai di rumah dari pejabat: 1 gelas
  • 30 minit sebelum mandi: 1 gelas
  • 30 minit sebelum makan malam: 1 gelas
  • 30 minit selepas makan malam: 1 gelas
  • Sambil berehat tengok tv: 1 gelas
  • Sebelum tidur: 1 gelas

Ha senangkan.. Amalkan setiap hari. Lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan memberikan kesihatan kepada kita semua.. Jom sama-sama mulakan hari ini.


#Individu yang bekerja di bawah terik matahari dan atlit memerlukan jumlah air yang lebih banyak daripada 3 liter sehari.

#Individu yang bersenam atau beriadah memerlukan jumlah air yang lebih banyak pada hari ia bersenam atau beriadah disebabkan aktiviti tersebut kehilangan banyak air melalui peluh dan kita harus menggantikan kembali kandungan air yang hilang tersebut ke dalam badan dengan minum lebih banyak air.


#Adalah tidak disarankan untuk minum air sejuk pada waktu badan kita masih dalam keadaan panas samada selepas bersenam atau selepas berada di bawah terik matahari pada waktu yang panjang.




Salam sayang dan semoga kita sentiasa sihat dan ceria selalu,
Evelina Avilla


1 comment: