Sunday, November 30, 2014

Petua Mengurangkan sakit Migrain a.k.a sakit kepala

Bila migrain datang, buat apa pun susah. Kalau saya pula, memang tidur ja la jawabnya.. Sampai ambil sick leave. Tiap bulan confirm ada saja sick leave. Hmm..lama-lama annual leave habis, terpaksalah potong gaji. Huhuhu

Tapi mau buat macam, pandu kreta pun tidak larat. Daripada terjadi perkara yang tidak diingini, potong gaji pun potong la..

Kawan-kawan yang ada migrain atau selalu sakit kepala, jangan risau. Saya akan cuba sedaya upaya untuk terangkan tips2 dan petua menghilangkan sakit kepala ya.

Mula-mula kita kena tahu kenapa, mengapa dan bagaimana migrain berlaku.

Migrain atau sakit kepala membabitkan pengucupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba akan mencetuskan rasa sakit yang kuat.


Selalunya migrain boleh dirasai menerusi terasa denyutan di bahagian kepala, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian kiri atau kanan kepala sahaja.


Adakalanya deria pendengaran dan penglihatan menjadi semakin sensitif. Apabila sakit menyerang, kita sering memilih untuk mengambl pil penahan sakit sebagai langkah yang paling mudah.


Tetapi pengunaan pil penahan sakit mempunyai kesan sampingan. Jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan yang diingini dan rasa sakit juga tidak mampu hilang. Oleh itu, kita terpaksa menambah dos pil penahan sakit.


Antara penyebab migrain: 

• Kekurangan zat dan nutrisi 
• Faktor keturunan 
• Kesan pengambilan ubat-ubatan 
• Wanita yang mengalami haid 
• Terlalu banyak mengambil kafein 
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat. 


Antara panduan mengurangkan sakit kepala: 

• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak. 

• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain. 

• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal. 

• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala. 

• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan. 

• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala. 

• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala. 

• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala. 

• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.

Produk yang kami tawarkan mempunyai riboflavin yang berfungsi dalam menambahkan simpanan tenaga dalam sel otak selain daripada menambahkan aliran darah ke otak dan mengurangkan stress.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sembelit turut mampu menyebabkan migrain  oleh itu formulasi produk kami yang dihasilkan daripada 9 jenis herba mampu menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut pada usus agar dapar mengurangkan sembelit.

Dengan izin Tuhan dan berkat doa dan usaha, pasti migrain akan berkurang dan kehidupan kita akan lebih bahagia.


Semoga kita semua sentiasa sihat dan ceria

Evelina Avilla

Call/Whatsapp : 010-5347375

No comments:

Post a Comment